Jumaat, Februari 13

Bulan yang agak sibuk... buat saya

Antara Event2 yang saya terlibat

HSE Week
February 08th-14th 2009. UTP

FESCO
February 11th-14th 2009. UTP

Event Management Seminar

February 14th-15th 2009. UTP

Regional Conference on the Humanities 2009 (RCH 2009)
February 18th-19th 2009. UTP

Sambutan Ulang Tahun ke-2 PARTS
February 20th-21st 2009. Wakaf PARTS

Palestine Charity Show
February 22th 2009. UTP

PETRONAS Edu Div Innovation & Learning Culture Convention
February 23th-25th 2009 - KLCC

## Crew Teknikal.. ayat biasa... "SELAMAT BERJUANG"

Khamis, Februari 12

Kayuhan PRADAS 7 Feb 2009 - Klang to Ipoh

Saya bersama 7 orang dari Seri Iskandar Team (SIT) 8.15 pagi dah berkumpul di Stesen PETRONAS Bandar U. Sambil menunggu lori 9W2OMD untuk menghantar kami ke Sabak Bernam.. Sepanjang perjalanan banyak juga aksi-aksi lucu kami dalam lori 1 Tan milik 9W2OMD. Paling cool.. Pak Nasir 9M2NNL..

Hasrat hari untuk membawa GT-FTM10SR ku... terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir selepas sebahyang subuh sebelum bergerak ke sabak Bernam .. atas faktor keselamatan.. hehehe.. GT-FTM10SR ku... macam ownernya... pemalu..

gt FTM-10ST

Hampir 90 Basikal dilepaskan dari Sabak Bernam bersma kenderaan support, lori, bas., kereta yang hampir 1KM panjangnya. Saya mengambil kesempatan berkayuh bersama 9M2AUR Aimil dengan basikal "Off Roadnya" sambil berborak-borak pasal dunia radio amatur masa kini.. ramai juga Rakan-rakan radio Amatur terlibat dalam kayuhan tersebut. Operator radio PRADAS yang tidak ada AA Amateur Radio.. saya nak panggil apa ye?? Rakan Radio Komersial Kot.. biarkanlah... yang penting niat.. mencari kawan..



Semasa 2nd last Check Point menuju ke last Check Point .. Saya dan Aimil.. hehehe.. ada main tipu skit... sambil berkayuh.. sambil memaut tingkap kereta.. hahaha.. layan.... selamat sampai di Stesen Keretapi Ipoh kul 7.45 malam.. lepas dinner.. saya kena kayuh basikal lagi... simpan basikal di kg kepayang.. dekat Stadium Perak... Lepas mandi di rumah ibunda.. terus bergerak ke Sg Buluh... urusan keluarga sambil cuti-cuti malayisa..

Yang pastinya... memang best berkayuh nie... samabil QSO...

## Gambar2 yang saya ambil dari blog 9W2DFA, 9W2MIT & 9W2REJ

Khamis, Februari 5

Memang layan... di taiping

Cuti Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Perak pada Selasa 03/02/2009 saya bersama rakan-rakan Ipoh dan Seri Iskandar ke Bandar Warisan Taiping untuk berkayuh di sana

9W2DMG dengan MTB Cannondale Baru Warna Biru menunggu di Depan Zoo Taiping dengan penuh bergaya.. tidak kurang juga dengan 9W2OCC dengan basikal pinjamnya.. Dan paling cool si GT Putih.. 9W2VZO..

Cerita Menarik 9W2RKM Raja Kayuh Malaysia hehehehe jangan marah Abg Rakimi

Sabtu ini pulak ..kayuh lagi...