Khamis, Mac 5

Sempat QSO dengan 9W2SWL Mizi semasa Check Net DI 9M4RIP

Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mengesan seorang pendaki gunung yang hilang di sekitar kawasan Gunung Yong Yap di Sempadan Perak dan Kelantan.

Sempat QSO dengan 9W2SWL Mizi semasa Check Net DI 9M4RIP yang kini berada disana bersama-sama rakan-rakan beliau untuk meneruskan pencarian pada minggu ke-3. Beliau melaporkan beliau bersama-sama rakan2nya dalam keadaan sehat, dan ketika itu sedang berehat. Seawal pagi akan meneruskan pencariannya.

Saya doakan 9W2SWL Mizi bersama rakan-rakanya serta rakan-rakan Radio Amatur yang sama-sama gerakan mencari dan menyelamat sehat dah tabah dengan dugaan, saya juga doakan mangsa tersebut dijumpai dengan segera dan dalam keadaan sehat.

Rakan-rakan yang meminat untuk membantu Misi tersebut dalam bidang komunikasi sila berhubung dengan :-

Hazali (9W2ZLH) - 012 658 1926
Salleh (9W2STT) - 019 2761499

Keterangan lanjut sila lawat web MARES ini Operasi Mencari dan Menyelamat





9W2SWL Mizi dengan MTB Off-road kesayangan... Mizi.. jom layan trek Off-Road kat UTP pulak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan