Rabu, September 19

Tazkirah di 9M4RIP

7.00 malam setiap hari di Bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Tazkirah yang akan diadakan oleh Rakan-Rakan Di PARTS

Pada minggu Pertama Ramadhan ini di sampaikan oleh 9W2DFA ( Ustaz Najdi ) dan minggu kedua pula nanti akan di sampai oleh Seorang rakan radio yang juga di Panggil Ustaz juga.. Bagus tazkirah tersebut.. sampaikan XYL saya juga akan menunggu di rig saya setiap kali tazkirah itu dijalankan..

Jika ada kesempatan.. pantau-pantau di jalur..

146.940 MHz
-0.600 MHz
tone 203.5Hz

Khamis, September 6

Konvoi Merdeka : Parlimen Lenggong


9W2YOP dengan Bendera-bendera diatas bumbung kereta


9W2LIK dan 9W2ZBD sempat berbual-bual sebelum konvoi


Eye-ball sambil tango2..bersama rakan-rakan Ham Lenggong.. selepas konvoi

Terima kasih 9W2KBD kerana "Open Table" makan dan minum tersebut

Picture : by 9w2yzu

Isnin, September 3

Merdeka Field Day di PUO Ipoh

Pada 31hb Ogos 2007 semasa rakyat Malaysia menyambut 50 Kemerdekaan, sempat juga saya
merasa nikmat erti kemerdekaan dari sudut HAM Radio, dan buat pertama kalinya saya dapat melihat secara langsung HF set secara dekat.

Dengan Callsign 9M50MA di Ipoh, sempat juga saya melihat 9M2CH (Uncle Chew) Check Net di 40 meter semasa Merdeka Field Day



Ramai juga rakan-rakan Ham di Ipoh sama-sama di PUO, 9M2MRL, 9W2AFR, 9W2JOI, 9W2MNR, 9W2GAT, 9W2JOI, 9W2PIZ, 9W2RKM, 9W2TKA dan ramai lagi.. tapi...




Dan apa yang saya lihat semasa aktiviti tersebut... "BEST..BEST..BEST"..

## Picture by : 9w2afr