Isnin, Mei 24

Dilema

Kena pilihan yang mana 1.. mana paling best dan layan.. tarikh sama 4-6 Jun 2010
Layan naik keretapi.. konsep Backpack




Wakil Universiti, main Volley Ball di Bangi

tengah fikir2kan..




Khamis, Mei 20

Aku Pasrah...

Aku Pasrah kekuasamu Ya Allah.. Aku Redha ujian terhadap ku... namum aku tetap bersyukur.. isteri dan anak ku selamat di rumah.. Jam 5.30 petang.. dapat call dari isteriku... Ayah.... Kilat Kuat tadi... ELCB jatuh... rumah tiada letrik...

Telah ku jangka... Yaesu 817ND kesayangan ku.. habis... antenna terputus 2, cable hampir separuh terbakar.. Connector Amphenol menjadi hitam... Kipas Syling pun rosak.. sedihhhhhhh.. apa boleh buat... tiada rezeki....

Aku leka... aku lalai... selalunya... sebelum ke tempat keje... akan aku pastikan Connector Antenna ke Radio akan aku tanggalkan.... namum aku insan biasa selalu alpa..terlupa dengan rutin harian ku.... walaupun aku selalu amalkan Preventive Maintenance.. check antenna.. check cable.. check safety.. check cable grounding (earthing)... namun memang bukan rezeki ku....

namum aku tetap bersyukur.. isteri dan anak ku selamat di rumah..... Hobi... ada rezeki cari lain.... 
 

Rabu, Mei 19

Dah...

Alhamdulilah... Saya awal-awal dah hantar  Borang Maklumat Balas ke SKMM.. saya rasa inilah peluang keemasan buat saya dan juga anda  yang mempunyai Lesen Kelas B untuk meneroka lebih banyak frequency yang tiada batasannya.... 


Ayuh Rakan..   anda perlukan 5 minit sahaja selesaikan tugasan amat kecil ini demi masa depan kita... jika luar negara contoh Jiran tetangga kita Indonesia telah pun memberikan  frequency tersebut setaraf dengan kita... so apa tunngu lagi... 


Syuh my frend... ayuh rakan.. kita sama-sama berganding bahu... biarkan  Draft Reviewed Spectrum Plan (mySpectrum Plan 2010) menjadi kenyataan... ayuh ... apa tunggu lagi... jangan sampai terlambat... just luangkan masa tak sampai 5 minit sahaja...  ingat kawan   Draft Reviewed Spectrum Plan (mySpectrum Plan 2010) cuma DRAF sahaja... kalau kita tidak sokong... PASTINYA  KITA AKAN GIGIT JARI.... MARI KITA SAMA-SAMA MENJADIKAN Draft Reviewed Spectrum Plan (mySpectrum Plan 2010) menjadi KENYATAAN


Langkah semudah 1,2 dan 3


Langkah 1 
Selak-selak di muka surat  256 di file ini > Draft_Spectrum_Plan_Review_05052010.pdf

Langkah 2
Kalau nak download fail dalam word klik disini > Contoh Borang Maklum Balas

Langkah terakhir...
Save Borang tersebut dan send email kepada > sprewiew@cmc.gov.my


Mudah bukan..... apa tunngu lagi.... 

Selasa, Mei 18

Akan turut bersama-sama memecahkan rekod Malaysia

STCON2010 will be the biggest world congress ever held in Malaysia. This congress will include 20 parallel sessions and more than 1400 research papers from all around the world. The conference will be held from 15th to17th June 2010 at the Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia.


International Conference on Intelligent and Advanced System (ICIAS2010)
International Symposium on Information Technology (ITSIM2010)
International Conference on Plant Equipment and Reliability (ICPER2010)
International Conference on Fundamental and Applied Science (ICFAS2010)
International Conference on Sustainable Building and Infrastructure (ICSBI2010)
International Conference on Process Engineering and Advanced Materials (ICPEAM2010)
International Conference on Integrated Petroleum Engineering and Geosciences (ICIPEG2010)
 



Visit  ESTCON2010
 

Ahad, Mei 16

ole-ole dari ITEX 2010

Rasa tak percaya... projek kami membawa pulang Pingat Emas..

Rabu, Mei 12

Saya sokong 100%






















Apa pun orang kata... saya tetap berpendirian tidak berbelah bagi... Saya sokong 100% Draf SKMM membenarkan Lesen Kelas B diperuntukan freq tambahan 40M ( 7.00 - 7.20MHZ)...

Saya merayu kepada 9W???? di seluruh tanahair sama-sama menghantar Borang Maklumat Balas ke SKMM  pada atau sebelum 12 tengah hari, Selasa, 6 Julai 2010. Kalau bukan kita siapa lagi... betulkan..? jangan risau semua Borang Maklumat Balas yang di hantar ke SKMM adalah berstatus "SULIT" jangan risau...

Tanda sokongan anda  juga,  sauadara/i meletakkan Logo ini terbagai tanda sokongan anda pada blog, Facebook dan sebagainya... Ayuh...jangan lepaskan peluang keemasan ini... ayuh my frend... sama-sama menghantar Borang Maklumat Balas ke SKMM

Untuk Ketangan lanjut sila ke > Draft Reviewed Spectrum Plan (mySpectrum Plan 2010)

Isnin, Mei 10

Offer untuk anda..

SKMM telah mengeluarkan DRAF berkaitan spektrum terbaru terutama untuk Amateur Radio. Jadi SKMM juga mahu pandangan dari kita berkaitan spektrum terbaru : tambahan 40M ( 7.00 - 7.20MHZ)

Apa lagi... ambil peluang keemasan ini dengan sedikit pengorbanan untuk menghantar maklum balas.. Kalau Bukan Kita... siapa lagi.... ingat ini memang peluang keemasan... so apa tunggu lagi... jangan assume orang lain hantar feedback.. kita semua... kita semua... kita semua... berkorban sikit... demi Radio Amatur di Malaysia... mungkin ada yang tak suka.. bila 9W.. dapat freq ini...
kita kena bersatu... hantar borang ke SKMM... jgn sembang aje kat kedai kopi... hantar..jgn tak hantar... rugi kalau kita tak ambil offer ini.. mungkin anda buat masa kini tiada set HF... mana tahu...esok lusa... ada rezeki.... offer macam ini bukan datang selalu...

Mari kita kongsi dan tanam minat dalam HF 40m nihhh..jadi jangan tunggu lagiii...hantar borang sokongan ke MCMC sekarang..

Borang Sokongan

Ahad, Mei 9

SEMOGA ADIK H099 DAH SEHAT..


Kesempatan balik cuti di Kuala Kangsar, saya sempat menawakan diri menjadi sukarelawan untuk membantu dalam program “Kuala Kangsar Double Bridge Run 2010”
Bersama hampir 15 Station yang di ketuai oleh Abang Pian 9W2DKL dan dibantu oleh Saudara Shamsul 9W2SMZ membantu memberi  bantuan komunikasi sepanjang Program tersebut. Rata-rata Rakan memilih untuk untuk mengunakan motosikal, namun saya dengan selambanya memilih KONA kesayangan ku untuk membantu/menjayakan program tersebut.
Nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan balik ke garisan penamat bersama-sama peserta larian,, tiba2 salah seorang peserta rebah di depan saya. . Sya mencampakkan KONA kesayangan ku di tepi jalan lalu memberi Pertolong Cemas… nasib baik saya ada “Basic Pertolongan Cemas”. masa saya aktif Pengakap masa dulu-dulu.
 Setelah dapat menenangkan mangsa tersebut.  Saya telah meminta bantuan Com Centre untuk menghantar Ambulan ke tempat kejadian dengan segera. Begitu pantas Ambulan sampai ke tempat kejadian untuk member rawatan sewajarnya…. Patutlah…. Macam mana Ambulan boleh sampai cepat… ada Rakan Radio diletakkan bersama-sama dalam Ambulan tersebut…. Bagus2…. Patutlah….
Saya nak ambil kesemptan nak ucap terima kasih pada rakan2 yang membantu menjayakan program tersebut…. Semoga usaha murni dan ikhlas anda medapat ganjaran  dari Allah SWT.
Pada adik H099… semoga adik dah OK seperti biasa… 1 pesanan dari pakcik ni…jgn lupa makan… jika terlibat dengan aktiviti2 sebegini..



Jumaat, Mei 7

Kalau Bukan Kita... siapa lagi...

SKMM telah mengeluarkan DRAF berkaitan spektrum terbaru terutama untuk Amateur Radio. Jadi SKMM juga mahu pandangan dari kita berkaitan spektrum terbaru : tambahan 40M ( 7.00 - 7.20MHZ)


Apa lagi... ambil peluang keemasan ini dengan sedikit pengorbanan untuk menghantar maklum balas.. Kalau Bukan Kita... siapa lagi.... ingat ini memang peluang keemasan... so apa tunggu lagi... jangan assume orang lain hantar feedback.. kita semua... kita semua... kita semua... berkorban sikit... demi Radio Amatur di Malaysia... mungkin ada yang tak suka.. bila 9W.. dapat freq ini... 


Detail lawat Draft Reviewed Spectrum Plan (mySpectrum Plan 2010)

Rabu, Mei 5

Terasa berapa kerdilnya aku di muka bumiMu Ya Allah..

Di offer untuk memcuba peralatan baru di Lab Baru.. terasa berapa kerdilnya aku di muka bumiMu Ya Allah..

Nano Lab dengan Kamera berkuasa tinggi.. 

Bayangkan.. hanya sehelai rambut bila di lihat dengan Kamera berkuasa tinggi.. inilah hasilnya...