Khamis, Disember 30

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru... semoga tahun 2011 lebih bermakna buat saya dan keluarga... sebab tahun baru juga order lambat sampai....kena sabar.. 14 hari... untuk 1 keping stikers...hahahaha

Khamis, Disember 23

New : PARTS Project Drive-thru 2011


Tarikh :
9hb Januari 2011 (Ahad)
Masa:
9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat:
Wakaf PARTS


Matlamat :-


Memberi nasihat teknikal kepada ahli-ahli tentang pemasangan antenna dan transmitter di kereta


Memberi pendedahan kepada ahli-ahli langkah-langkah penjagaan SetTransmitter  di kereta.

Memberi pendedahan kepada ahli-ahli cara pengunaan SWR meter yang betul

Membudayakan ahli-ahli PARTS mempunyai skill “technical competence”

Dimana keuntungan dari Projek ini terus di salurkan kepada “Tabung/Dana" 
Tower di Wakaf PARTS

Baju Edisi Terhad : RM20.00 sahaja




Untuk tempahan : Sila hubungi 9W2SUF/9W2SBD

Isnin, Disember 20

macam2

Macam2 program pada bulan Dis ini... sampai tak sempat nak update blog...

Jumaat, Disember 10

QAB3044

Fieldwork Management and Geological Fieldcamp (QAB3044) Luar Kawasan : Tasek Temenggor 12-19hb Dis 2010

Isnin, November 29

Mampukah aku bawa pulang Emas

Mampukah aku bawa pulang "GOLD" dengan "Toy" kami ini.? Harapan yang cukup tinggi dari "EDDi Team" dengan Projek kami ini... I'allah saya akan cuba mewakili anda untuk sama-sama inventor di seluruh dunia.. saya akan buat yang terbaik... walaupun projek kami tidak seberapa berbanding dengan projek-projek Pensyarah yang terdiri dari Prof/Prof Madya/Dr... 


Mampukan kami sebagai Technician saya tidak seberapa ini "berdiri sama tinggi duduk sama rendah". I'allah saya akan buktikan nanti... "Malaysia Boleh"
Seoul International Invention Fair 2010
Pacific Hall, COEX, 
Samsung-dongGangnam-gu
Seoul, Korea

30th. Nov.  – 6 Dis. 2010

## "Toy" kami masih dirahsiakan untuk umum.. ianya dalam proses Patent..

Isnin, November 22

Sabtu, November 20

Ori... dah terbaring..

Dalam diam2.. ada tiga Peminat Kona di Seri Iskandar... Kona..... layannnnnnnn

Rabu, November 10

Macam saya sebanyak 81.28%

Sempat study statistik Callsign di Malaysia, mengikut kajian saya, sehingga 10/09/2010, callsign macam saya sebanyak 81.28%... banyak tu...

Selasa, November 9

ladybird

Melihat flora dan fauna di sekeliling kita, saya tertarik dengannya... ladybird...  2011 mendatang ini... akan Kona Stuff akan bertukar wajah lagi... nak tukar frame baru... frame idaman..mahal sangat... memang tak mampu lagi... so...dengan budget yg ciput ini.... akan bertukar image Kona Stuff kesayangan ku ini..
Konsep Asal di ambil dari "Ladybird" ini
Kerja-kerja mengecat akan dimulakan sebaik saya saya ke  seberang laut untuk 1 tugasan rasmi mewakili negara..
Fork "triple clamp" akan bertukar wajah juga

Isnin, November 8

PARTS Project Drive-thru 2010


Tarikh :
19hb Disember 2010 (Ahad)
Masa:
9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat:
Wakaf PARTS


Matlamat :-


Memberi nasihat teknikal kepada ahli-ahli tentang pemasangan antenna dan transmitter di kereta


Memberi pendedahan kepada ahli-ahli langkah-langkah penjagaan SetTransmitter  di kereta.

Memberi pendedahan kepada ahli-ahli cara pengunaan SWR meter yang betul

Membudayakan ahli-ahli PARTS mempunyai skill “technical competence”

Dimana keuntungan dari Projek ini terus di salurkan kepada “Tabung/Dana"
Tower di Wakaf PARTS


Untuk tempahan : Sila hubungi 9W2SUF/9W2SBD

Selasa, Oktober 26

Tercapai

Impian untuk Fork "triple clamp" .. allhamdulillah... sudah tercapai... next step..?..

Jumaat, Oktober 22

Berdebar

Walaupun second je... namum masih berdebar menanti Fork "triple clamp" ..

Rabu, Oktober 20

Teropong

Tengah teropong lagi.... Tabung ayam tak penuh2 lagi.....

New Concept with my Dream

"My Dream" 9W2SBD KONA Stuff LTD ver 2011 akan menjadi kenyataan.. tabung ayam Tak penuh lagi... harap ianya akan penuh sebelum 01.01.11.. Masih mengekalkan konsep QRP.. saya tengah berkerja keras untuk memenuhkan Tabung Ayam saya.. harap-harap cepat penuh... 
Dengan harapan Fork "triple clamp" saya dapat meletakkan YEASU FT817ND dengan stabil... pilihan Fork ini untuk projek kali ini mungkin sesuai... Dengan Fork "triple clamp" rasa2nya QRP set saya akan lebih stabil... namum rasikonya amat tinggi bila hujan... dengan kedudukan 27% di bawah handle basikal saya.. ianya akan lebih terdedah pada hujan... alamak.. kena tempah baju hujan dia plak nie...

Walaupun ini kerja "gila".. tapi apalah salahnya untuk kepuasan diri sendiri.. Cuba dan try dulu... baru layannn sebagai operator amateur radio..


Selasa, Oktober 19

bila nak pergi lagi


















Bila saya akan kesana lagi... datang dengan penuh harapan... untuk sama-sama menjaga khazanah alam yang tidak ternilai... aku saya usahakan... bukan datang sebagai pemancing.. tapi... sebagai pencinta alam..

Isnin, Oktober 18

Lega...

Konvo ke-10.. sudah selesai.. allhamdulilah... sudah selesai... terima kasih semua.. tahniah kepada Graduan..tahniah juga pada ibu/bapa mereka..


Konvo kali ini memang menduga saya...  alhamdulilah semuanya berjalan lancar.. seperti biasa sebagai Technica Produser (TP ) saya diberi tanggunjawab mempastikan semua system berjalan dengan baik..  dengan 6 buah Multi camera production ( MCP ) semuanya berjalan lancar.. bukan kerja senang untuk mempastikan semua input/outpun VGA (RGBHV), SDI dan video composite berkerja dengan baiknya. dengan 2unit DLP Projector 12K Ansi Lumens, 3 Plasma 52" dan Video Streaming mengunakan Network Player di seluruh Kampus

Memamg tercabar bila Computer graphics (CG) (DEKO2200) SDI output power supply terbakar 2 hari sebelum majlis konvo... agak susah mencari alat gantinya.. dengan selabanya... dengan bantuan Vendor.. kami telah menukar Power supply Cap Ayam.. untuk sementara... Oleh kerana Deko2200 power mempunyai connectornya sendiri... kami terpaksa berhati-tahi memotong cablenya... (teringat saya semasa membuat power supply untuk Yeasu FT1800 saya)

Allahamdulillah... Deko2200 saya berjalan dengan baik.. walaupun saya memang tiada backup untuk Computer graphics. CG antara equiment  yang penting kerana semua nama-nama Graduan akan terpancar di Screen semasa graduan mengambil Scrool dari Pro Canselor...  Sungguh merasa Lega..bila Pro Canselor memberi Ucapan Penutup Konvo ke-10... Semua system IT& AV berjalan lancar seperti yang diharapkan... 

Terima kasih kepada Crew IT&AV Team... terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya.. 
 


Selasa, Oktober 12

Jemputan

Saya menjemput semua rakan-rakan ke Pesta Convo seperna Majlis Konvokesyen ke-10
Tarikh : 14hb hingga 17hb Okt 2010.

Detail program lawat di sini > Atucara Program


Jumaat, Oktober 8

Terima kasih



Tahniah bakal2 graduan... Tahniah juga kepada Ayah & Ibu.. melahirkan insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara..

Sabtu, Oktober 2

Memang sedih.. jika..

Memang sedihlah... Jika Band Plan oleh SKMM nak bagi 40M tidak menjadi kenyataan.. dari sumber yang boleh dipercayai... memang tak merasalah 9W... memancar di 40M... itu belum rasmi lagi.. apa-apa boleh berubah...

Tapi saya percaya SKMM  mempunyai "Board Director" dan Penasihat Freq Band Plan yang pandang ke depan...  Pada pendapat saya, SKMM jangan takut.. 9W di Malaysia SUDAH layak menjadi "Duta Kecil".. malah SKMM akan bangga nanti.. kerja kerja untuk Freq Band Plan..akan dimenafaatkan sepenuhnya... oleh kami 9W.. SKMM jangan risau... ramai yang akan mengambil CW. walaupun diberi 40M..

"Berdebar menunggu keputusan rasmi SKMM"  tak kan tiada sokongan dari 9M.. SKMM menarik balik cadangan bagi bagi tambahan Freq untuk 9W...

Jumaat, Oktober 1

Harapan yang mengunung

Mei 2010 SKMM telah mengeluarkan DRAF berkaitan spektrum terbaru terutama untuk Amateur Radio. spektrum terbaru : tambahan 40M ( 7.00 - 7.20MHZ) kepada 9w… . Semasa itu sayalah antara orang paling gembira.. mungkin anda juga begitu.. Kini dah 5 bulan.. saya masih berdebar2 menanti keputusan rasmi dari SKMM untuk membolehkan 9W… memancar di 40M (7.00 - 7.20MHZ).

Pada pendapat saya.. sudah tibanya SKMM member peluang kepada 9w... Menjadi “Duta Malaysia” di freq.. dan saya berpendapat 9w.. kita sudah bersedia dengan ilmu… untuk meneroka 40M (7.00 - 7.20MHZ). SKMM Jangan takut… jika diberi 40M… masih ramai 9w… saya akan ambil CW.. percayalah…

Sedih juga bila setiap kali 40M net.. hanya beberapa stesen yang masuk untuk acara net tersebut.. kalaulah 9w… diberi peluang… saya merasakan ramai yang akan turut serta dalam acara tersebut… akan meriah 7.043 dan juga akan meriah 7.130… percayalah… dan kalau lah kami tak cukup baguspun… kami boleh guna freq 7.1??@lain untuk kami berjinak-jinak.. membuat ujikaji…

Ayuh kita sama-sama berdoa agar kertas cadangan dari SKMM menjadi kenyataan…

40M for 9W

Khamis, September 30

5H/4M - BELAJAR MENGIRA PART#3

Seawal 6.45pagi.. trekking ke tempat melihat burung


Barisan MNS Hornbill Conservation Volunteer Programme.. Sesi S12

Candid oleh Juruphoto

Mencari tempah shot yang terbaik..

Menu malam - Ikan Baung & Toman goreng garing.. makan dengan sambal kicap kipas udang asam limau... perhhhhh... tidak terkata.. ada pula ulam..

Kali terakhir berjumpa Abg Din pada tahun 1994... 

Menu pagi... lepas pergi trekking

Visit Kg Orang Asli

Burung yang kami kira.. spesis yang agak "rare"

tengah menunggu burung 

Bersama kordinator Program : Terre.. di Kg Tebang..

5H/4M - BELAJAR MENGIRA PART#2

MNS Hornbill Conservation Volunteer Programme.. kesempatan program ini saya juga sempat membuat kajian tentang Solar Panel saya.. memang cukup untuk menerangkan kami di malam yang gelap gelita.. membuatkan kerja-kerja memasak begitu mudah sekali.. dengan adanya Solar Panel  Controller .. saya boleh "chaging" VX-7R dengan sempuna walaupun agak  slow dengan bantuan 2 keping solar panel bersaiz 8"x12".. 

Dan saya percaya ianya amat sesuai untuk peminat2 QRP.. Yeasu FT917ND terutama bila outing agak lama... atau boleh dipakai dirumah.. "Electric Free"

# rindukan Yeasu FT917ND.. tabung ayam tak penuh lagi.... :D

Selasa, September 28

5H/4M - Belajar Mengira Part#1

MNS Hornbill Conservation Volunteer Programme.. memang best..memang layan... memang layan... i'allah tahun depan nak pergi lagi..







Khamis, September 23

5H/4M - Belajar Mengira

Luar Kawasan 24hb-28hb Okt 2010 - Belajar Mengira
Satu program CSR.. bersama2 rakan di Kg Tebang, Pos Chiong, Tasek Temenggor.

Selasa, September 21

sempoi..

Tabung ayam tak penuh lagi... ada barang baru plak...
The Opek HVT-600 is the economical solution to HF/VHF/UHF operation. 
To change the operation band you simply move the jumper. 
This antenna can be set to operate on any one of these bands:  
80, 40, 30, 20, 15, 17, 12, 10, 6 or 2 meters plus 440 MHz! 
Power capacity is 200 watts.

Isnin, September 20

30hb Okt ke Melaka

Nak try kayuh malam plak di melaka.. pastinya VX-7R akan menemani ku nanti.. disamping gang2 beskal yang ada callsign

Khamis, September 16

Sebentar disini

Tahun ini mengambil keputusan mengambil gambar family di Masjid Kuala Dal, Kuala Kangsar. Masjid yang sungguh unik..

Isnin, September 13

Nagis


Model : YAESU FT DX 9000


p.s.. siapa nak bagi@hadiah pada saya.. amat-amat dialu-alukan..

Memang tak mampu



Siapa ada/guna kat Malaysia.. Teringin nak Pusing knobnya.. 


Systemnya macam tu... patutlah..



Kona Abra Cadabra.. patut lah best... tapi tak mampu... gaji kecik je

Kembali Bertugas Hari ini

Kembali Bertugas Hari ini.. esok bercuti balik.. hingga ahad depan.. kepada yang masih bercuti. selamat bercuti.. kepada yang telah bertugas... teruskan usaha anda...

Rabu, September 8

Jumaat, September 3