Sabtu, Jun 16

My QSO Database Project



Banyak Database untuk kita menyimpan rekod QSO,dan manjadi amalan setiap QSO kita kena Logkan.. Dalam internet anda boleh mendownload shareware2 yang ada.. Saya membuat keputusan untuk membangunkan database sendiri.. saya percaya dengan adanya database ini saya akan dapat update dari masa ke semasa.. ianya juga dapat sekurang-kurang develop skill saya dalam membangunkan database..

dan menjadi harapan saya suatu hari nanti database ini dapat di uploadkan dalam blog ini secara online.. dan rakan2 boleh check senarai QSO bersama saya dan boleh berkongsi signal report dan log bersama-sama..

Selasa, Jun 12

RAE 2007-1 - FINAL REVIEW DI UTP

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar bagi kelas yang julung kalinya dianjurkan 0leh PARTS, Vee99 dan dengan kerjasama Jabatan IT & Multimedia UTP

Lebih dari 30 stesen SWAL telah hadir dengan satu tujuan iaitu menimba ilmu beserta megulangkali demi persediaan RAE nanti. Rakan-rakan berlesen juga hadir untuk memberi sokongan serta semangat kepada mereka.

Dengan tenaga pengajar yang berkaliber 9M2AGC (Azlan) pihak kami pasti bakal-bakal HAM yang dilahirkan mampu mempunyai tahap disiplin yang tinggi juga akan disegani diserata pelosok dunia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana sudi mengorbankan masa cuti beliau demi menyaksikan kejayaan yang mendatang.

Sekalung terimakasih juga kepada 9W2SLJ (Pak Lope) atas ilmu-ilmu yang disumbangkan kepada rakan-rakan SWAL sebelum ini. Meskipun agak kurang sihat, demi HAM beliau hadir untuk membantu dalam pengajaran setiap minggu di Jalan Ashby. Jasa-jasa beliau akan tetap kami kenang dan diharap beliau dapat meneruskan usaha-usaha yang murni ini.

73

Selasa, Jun 5

Pameran Radio Amator Taiping

Alhamdulilah, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk turut sama menjayakan Pameran tersebut di taping pada 26/05/2007. Pameran tersebut diadakan atas permintaan JPA3 Negeri Perak seperna Hari JPA3 Wilayah Utara.

9W2ZZR Cikgu Zaki, 9W2JPA Cikgu Ramly, 9W2PIZ Abg Hapiz dan saya 9W2SBD diberi kepercayaan oleh PARTS untuk mengendalikan pameran tersebut. Walaupun ini kali pertama PARTS mengadakan pameran, saya rasa ianya cukup memberi makna kepada saya.
Setup yang simple tapi penuh dengan maklumat.

Ramai anggota JPA3 berminat dengan Amateur Radio, dan menjadi harapan saya, agar lepas ini ramai dikalangan anggota JPA3 akan mempunyai Callsign.

Kepada 9W2ZZR Cikgu Zaki, 9W2JPA Cikgu Ramly dan 9W2PIZ Abg Hapiz.. senang dan gembira dapat berkerjasama dengan saudara. Harap2 di aktiviti PARTS kita akan dapat berkerjasama lagi.

Mee Udang... kat Kuala sepetang...memang best...

73