Khamis, Ogos 28

Al-Fatihah

9M2DS Abdullah bin Abdul Samat telah kembali keramatullah pada -+7.00 malam 28/08/2008 di Hospital Kuala Lumpur. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman.

Kali pertama dan kali terakhir saya QSO dengan Allahyarham ialah semasa allahyarham mengendalikan "Special Net" 100 tahun Pengakap di MARTS-Motorola national linked 22hb Ogos 2008 dari Tapak Pameran Radio Amatur di Pesta Konvo UTP.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman...amin..

Isnin, Ogos 25

Terima kasih tidak terhingga



Saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang menjayakan Pameran Radio Amatur di Tapak Pesta Konvo UTP yang ke-8. semoga pameran tersebut sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pengunjung-pungunjung di tapak pameran tentang apa itu radio amatur , harapan saya juga lepas ini ramai di kalangan mahasiwa/kakitangan UTP, UITM dan KPM akan berminat dgn radio amatur.

terima kasih sekali lagi.. kawan-kawan

Selasa, Ogos 19

Jom ramai-ramai ke Pesta Convo UTP



dan berbagai acara menarik menanti anda..

Persembahan Pelajar Tempatan dan Antarabangsa
Masyarakat Gemilang Fasa II (De tour)
Persembahan Bakat Cilik
Pertandingan Magical Balloon
Pertandingan Cartoon Frenzy
Pemeriksaan dan Pameran Kesihatan
Kempen Pendaftaran Derma Organ
Kempen Derma Darah

Permainan & Pertandingan
Memanah
Kayak
Paintball
Bola Keranjang 3 lawan 3 (Terbuka)
Menunggang Kuda

Malam Integrasi Budaya Antarabangsa
Persembahan Orkestra India
Persembahan Orkestra Cina
Persembahan Artis (Nabil)
Persembahan Artis (M. Nasir)


Pameran dari Agensi Kerajaan & Swasta

Selasa, Ogos 12

V40 Calling Frequency (145.5000MHz)

Dari pengalaman saya yang tidak seberapa dalam dunia radio amatur ini, dan ujian yang telah saya lakukan (10 Kali ), semasa memandu di luar kawasan..hasilnya semuanya negative, mungkin saya salah atau ada orang yang tak tahu nak gunakannya saya tak pasti.

Contoh:-
Semasa memandu di luar kawasan lokalan .. tiba-tiba saya melihat sebuah kereta (jalopy) yang mempunyai antenna radio lalu bertentangan dengan kita.. selalunya kita akan mengangkat tangan tangan salam/hormat.. dan kali ini cuba anda panggil di Frequency 145.5000 (V40 - Calling Frequency) adakah rakan akan respond panggilan anda??

Mungkin rakan tengah berQSO di Frequency lain ( simplex atau repeater )… Mungkin rakan/kita kita tak tahu Frequency (simplex atau repeater) di tempat tersebut..apa salahnya kalau kita QRX seketika dan terus QSY ke Calling Frequency (V40 @ 145.5000) saya rasa itu yang terbaik..

Apa komen anda?? Adakah ianya boleh menjadi amalan kepada standard untuk operator radio amatur di Malaysia…

FIKIR-FIKIRKAN

-9w2sbd-

Isnin, Ogos 11

Masukkan sekali barang-barang ini dalam budget anda

Semua SWAL berdebar-debar menunggu keputusan RAE, dan ramai pun dah bersedia dengan Borang-Borang yang tertentu. Masa inilah masa yang sesuai untuk bertandanglah ke Rumah atau Eye-ball dengan 9M2??.. tapi ingat.. Itu adalah proses untuk mendapat sekeping AA.. namun perjalanan masih panjang lagi.

Saya ambil kesempatan kepada rakan-rakan yang mendapat AA nanti.. jika ada rezeki, jangan lupa masukkan sekali barang-barang ini dalam budget anda selain Rig atau Handy idaman anda.. ianya adalah “basic equipment” untuk operator amatur radio.. Jika anda telah mendapat AA nanti, cuba-cubalah “homebrew” walaupun satu barang/alat/antenna.. tidak kira lah.. Antenna “Ribbon” adalah yang paling senang untuk di “Homebrew”… cuba-cubalah menjadikan hobi ini bukan saja pandai “QSO” tapi alangkan baiknya kalau semua operator amatur radio di Malaysia mempunyai sedikit “technical competence” walaupun basic..

Sebahagian peralatan yang basic:-



FIKIR-FIKIRKAN..

-9w2sbd-

Jumaat, Ogos 8

Hebatnya kuasa PTT ini...


Mungkin antara sedar atau tidak..Ianya juga mendamaikan dunia dan ianya juga boleh memporak-peradakan dunia.. fikir-fikirkan lah.. Guna PTT sebaik-baiknya.. "terlajak perahu boleh berpatah balik... terlajak tertekan PTT rosak bangsa, bangsa dan negara.

FIKIR-FIKIRKAN

-9w2sbd-

Isnin, Ogos 4

Pameran Radio Amatur di UTP Convofair 08


Perak Amateur Radio Transmintter's Society (PARTS) dan Kelab Komunikasi Amal VEE99 ( VEE99) akan mengadakan Pameran Radio Amatur di Tapak Pesta Konvo 2008 yang akan diadakan pada 22hb Ogos hingga 24hb Ogos 2008.

Semua rakan-rakan dijemput hadir

Tentafif Program:-

22hb Ogos 2008 ( Jumaat )
2.30 PM 11.30 PM - Pameran Radio Amatur & Demo - Komunikasi

23hb Ogos 2008 (Sabtu)
10:00 AM 11.30 PM - Pameran Radio Amatur & Demo Komunikasi
11:00 AM 12.30 PM - Demo Membuat Antenna
5:00 PM 6:00 PM - Demo Membuat Antenna
8.30 PM 11:30 PM - Special Check Net di 9M4RIP ##


24hb Ogos 2008 (Ahad)
10:00 AM 11.30 PM - Pameran Radio Amatur & Demo Komunikasi
11:00 AM 12.30 PM - Demo Membuat Antenna
5:00 PM 6:00 PM - Demo Membuat Antenna

## Sijil Edisi Khas akan dikeluarkan kepada yang berjaya "Check In"