Isnin, Ogos 11

Masukkan sekali barang-barang ini dalam budget anda

Semua SWAL berdebar-debar menunggu keputusan RAE, dan ramai pun dah bersedia dengan Borang-Borang yang tertentu. Masa inilah masa yang sesuai untuk bertandanglah ke Rumah atau Eye-ball dengan 9M2??.. tapi ingat.. Itu adalah proses untuk mendapat sekeping AA.. namun perjalanan masih panjang lagi.

Saya ambil kesempatan kepada rakan-rakan yang mendapat AA nanti.. jika ada rezeki, jangan lupa masukkan sekali barang-barang ini dalam budget anda selain Rig atau Handy idaman anda.. ianya adalah “basic equipment” untuk operator amatur radio.. Jika anda telah mendapat AA nanti, cuba-cubalah “homebrew” walaupun satu barang/alat/antenna.. tidak kira lah.. Antenna “Ribbon” adalah yang paling senang untuk di “Homebrew”… cuba-cubalah menjadikan hobi ini bukan saja pandai “QSO” tapi alangkan baiknya kalau semua operator amatur radio di Malaysia mempunyai sedikit “technical competence” walaupun basic..

Sebahagian peralatan yang basic:-



FIKIR-FIKIRKAN..

-9w2sbd-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan