Isnin, Oktober 31

Layan Jamboree Kuale


Bawa kamera.. Banyak ambil gambar riders lain... ini gambar ihsan dari rakan SIT
Gambar dari Kamera saya

Jumaat, Oktober 28

Musang 0.5 watt Saya hidup dgn Bateri 12Volt.

Projek bersama 9W2SHB, 9W2SUF dan 9W2RIP telah sedia dipergunakan... kini proses mencantikkan dan memperkemaskan...



Isnin, Oktober 24

Puas hati juga.. sebab dengan QRP.. ( FT817ND)

Syukur baru berjinak-jinak dengan 10M, rekod peribadi saya terkini
4 Continents, 7CQ Zones. 9 ITU zones, 10DXCC
Puas hati juga.. sebab dengan QRP.. ( FT817ND)

10 coming home...

Saya tertarik dengan lagu ini.. "I'm Coming Home" rezeki buat saya yang baru-baju berjinak-jinak di 10M ( 28.0MHz hingga 29.50MHz)

Rasanya macam kena dengan lagu ini... hehehe

10M coming home
10M coming home
Tell the World 10M coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home,  10M coming home
Tell the World that I’m coming


"I'm Coming Home"




Selasa, Oktober 18

Transmitter hunting  atau dikenali sebagai “ fox hunting” adalah salah satu dari cabang dari aktiviti Radio Amatur.  Allahamdulilah atas inisiatif 9W2SHB ( Abg Saleh ) rakan-rakan lain 9W2SUF, 9W2RIP dan mendapat nasihat dari 9M2SLJ ( Pak Lop ) dan rakan-rakan yang lain, kini kami di lembah kinta 5 ekor musang.

Dan saya rasa bertuah, salah satu musang tersebut milik saya… walaupun saya tidak terlibat secara langsung pembikinan “Fox’ tersebut oleh kerana kebetulan saya agak sibuk untuk persiapan Konvo di UTP.. banyak perbincangan untuk menjadikan “Fox” menjadi kenyataan hanya  melalui Facebook dan email sahaja.

3 Fox telah Berjaya diuji semasa di Taiping minggu lepas.. alhamdulilah…  setelah LULUS ujian pertama di Acara FoX Hunting di Taiping.. mungkin fox ini akan masuk ke Reban Induknya kembali ( Rumah Abg Saleh ) untuk kerja-kerja menaik taraf.. Semoga impian menjadi kenyataan

Saya ambil kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada 9W2SHB ( Abg Saleh ) yang sanggup meluangkan masa untuk menjayakan projek ini. Terima kasih juga pada 9W2SUF dan 9W2RIP.

Gambar-gambar untuk tatapan pengunjung setia blog saya.

Orang Kuat " Fox" Lembah Kinta    9W2SHB ( Abg Saleh ) dan    9W2SUF  









Isnin, Oktober 17

Minta tunjuk ajar.. sebab ..saya budak baru belajar..

Secara kebetulan.. lepas sahaja Convo.. balik rehat dirumah sambil try2 DX 10M.. teringat Projek Solar Panel  dengan QRP saya… I’allah bulan Dis ini.. saya bercadang nak lepak di kelong.. lepak2 santai sambil memancing dengan kawan2 office… “Why Not” saya try setup solar panel saya yg lama terbengkalai.. Sambil2 memacing boleh juga DX 10M… untung2 dapat contact stesen luar negara

Kebetulan pagi ini.. buka Blog Abg Din ( 9W2DI ) SOTA dan 9W… info pasal SOTA… agak menarik.. tapi layak ke masuk kategori SOTA ni… pakai bateri dan solar panel…?

Apa pun…  saya memang layan dgn QRP.. walaupun apa orang kata.. QRP tetap dihati...


antara setup untuk projet ini :-
Yeasu FT817ND
12V 1.3AH Panasonic Battery ( Backup )
12V 7.2AH Panasonic Battery ( Main )
3 Unit Solar Panel
Solar Controller
Homebrew Tuner & Antenna..


Isnin, Oktober 10

Kecoh dirumah sendiri

Pengalaman yang suggguh indah dan amat berharga buat saya di 10M... petang semalam saya dapat 4 stesen. memang kelam kabut saya dibuatnya... mana taknya.. dengan QRP.. saya dapat contact 4 stesen semalam dengan FT817ND dan Antenna Delta Loop. Orang baru di 10M seperti saya.. ianya sungguh bermakna..

Dengan tangan dua kerat ni... memang kelab kabut.. Nak Pegang PTT, nak record video guna DSLR dan guna PC untuk check callsign di QRZ....  tapi memang layan...

Kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga.. dengan QRP.. kita kena fikir-fikirkan...

OH2MA 10m 28.485 SSB Jukka Kulha - Finland
OG7X 10m 28.400 SSB Mikko Pöyhönen - Finland
BD4CQ 10m 28.477 SSB XUHUI NI - China
VU2DSI 10m 28.470 SSB Dattatry Deogaonkar - India

Ahad, Oktober 2

Syok sudah mari..

Layan... dgn QRP... semalam naik antenna delta loop... hari ni dapat 2 stesen... jadilah... orang baru macam saya ni... dapat contact dengan VK2NSS & YF1AF..

Sabtu, Oktober 1

Akhirnya naik Juga

Dalam kesibukan Convo ke-11 UTP... sempat juga semalam menaikkan antenna delta loop 10M dgn bantuan isteri dan anak tersayang..

Kadang2 geram juga Band utk 10M agak menarik sebulan 2 ni.. tapi apa boleh buat.. kena CW dulu... ( Cari Wang ) ...