Rabu, April 30

Bersediakah Anda.. update nota

Tarikh 24hb Jun 2008 pastinya tarikh keramat bagi Rakan-Rakan SWAL. Ianya langkah kedua untuk mendapat AA setelah langkah Pertama Menghatar Borang RAE ke MCMC. Mesti diingat.. betulke borang tersebut diisi selengkap-lengkapnya? dikepil ke wang pos sebanyak RM50.00..?? salinan k/p?.. tapi saya percaya ramai 9M & 9M yang membantu pada langkah pertama.

Next step.. persiapan untuk RAE.. dah bersedia ke???... saya cuma nak share pengalaman saya menghadapi RAE... Dulu saya hantar Borang Dulu.. lepas tu baru nak cari-cari nota-nota.. tak de kawan-kawan radio amatur pun masa tu... tak kenal siapa pun... cuma baca kat internet je... Nasib baik di IRC ada buku pasal amatur radio.. bolehlah baca-baca skit-skit.. Tak pernah pun dengar orang berQSO...

Nak jadi rezeki, jumpa Pak Lop 9W2SLJ dan 9W2HMI... barulah dapat mendengar orang berQSO.. yang paling tak boleh lupa.. jumpa Abg Hazli di depan Balai Bomba Pengkalan.. hanya saya dah Abg Hazli tahu je... hahahahaha TK208 ada sejarahnya..

Pak Lop 9W2SLJ yang mengendalikan kelas persiapan di Dewan Asby di Ipoh.. baru saya bertapa hebatnya Radio Amatur nie.. Dari situ.. saya tidak berpaling.. meneruskan niat saya dengan hobi yang baru ini.. Walaupun baru setahun memiliki AA..

Moral POST ini..ialah.. tidak semesti anda pandai QSO.. anda boleh lulus RAE.. banyakkan membaca nota-nota... terutama pasal teknikal.. banyak soalan keluar masa saya ambil RAE dulu... dan kesempatan ini juga saya akan uploadkan nota-nota padat untuk rujukan kepada yang berminat.. bukan pe.. nak senangkan rakan-rakan SWAL yang nak menghadapi RAE.. nota-nota padat saya siapakan dalam 4 muka.. tapi waktu dan masa.. saya tak sempat check nota-nota tersebut.. i'allah dalam masa terdekat ini saya akan lengkapkannya..




Isnin, April 21

MESYUARAT AGUNG PARTS KEDUA 2008

Di Pusat Pelajar Islam Perak, Jalan Kelab Golf, Ipoh AGM PARTS berjalan dengan rasa
setiakawan yang begitu arkrab sekali. Walaupun baru setahun jagung.. namun ianya amat berbaloi pasa saya yang baru mengenal apa itu Amatur Radio. PARTS lah yang telah membawa saya terbang dengan lebih jauh lagi... mencari ilmu untuk pengisian di dada ini.

Sekalung Tahniah kepada Pak Lop 9W2SLJ yang sanggung berkorban untuk PARTS dan juga Barisan AJK PARTS 2007/2009.


9W2SBD , 9M2SB , 9M2KM


9M2KM dengan kata-kata perangsang yang penuh bermakna


Sebahagian Barisan AJK 2007/2009


Sebahagian Ahli-ahli yang bergitu setia

Selasa, April 8

Kenali connector di set anda



Jangan terlepas pandang.. namanya sama.. tapi bezanya adakah ohmnya.. 50 ohm atau 75 ohm ataupun sebagainya... jangan terkeliru

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

75 Ohm or 50 Ohm - Which one is right for you?


When is 75 Ohm coaxial cable used?
The primary use of a 75 Ohm cable is to transmit a video signal. One of the typical applications is television signals over cable, sometimes called signal feed cables. The most common connector used in this application is a Type F. Another application is video signals between components such as DVD players, VCRs or Receivers commonly known as audio/video (A/V) cables. In this case BNC and RCA connectors are most often found. In both of these applications RG59 with both solid center conductor (RG59B/U) and stranded center conductor (RG59A/U) as well as RG6 are often found.



When is 50 Ohm coaxial cable used?
The primary use of a 50 Ohm coaxial cable is transmission of a data signal in a two-way communication system. Some common applications for 50 Ohm coaxial cable are computer ethernet backbones, wireless antenna feed cables, GPS (Global Positioning Satellite) antenna feed cables and cell phone systems.

dari http://www.l-com.com

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
JENIS-JENIS CONNECTOR

UHF


UHF


UHF


BNC

Isnin, April 7

RAE 2008 - 24hb Jun 2008

Kepada rakan -rakan SWAL.. sila ambil perhatian

RAE : 24 Jun 2008 Jam 2.00 Petang
Tarikh Akhir menghantar Borang : 25hb April 2007 jam 5.00 Petang

Rakan-rakan 9M2??? & 9W2??? dapat sekiranya membantu rakan-rakan SWAL untuk menduduki RAE 2008-1. Anda boleh membantu dari segi :-

Membantu SWAL mengisi Borang yang BETUL, mengendalikan kelas-kelas persiapan RAE, meminjamkan nota-nota RAE anda dan sebagainya...


keterangan lanjut layari.. http://www.skmm.gov.my/

Jumaat, April 4

NOTIS MESYUARAT AGUNG PARTS KEDUA 2008.

Kepada;

Semua Ahli PARTS.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekelian.
Assalamualaikom;

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG PARTS KEDUA 2008.

Sukacita dinyatakan bahawa mengikut persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat pada 2hb. Mac 2008 yang lalu dan mengikut Perlembagaan PARTS, Fasal 8, Mesyuarat Agung (1) Dan (3), bahawa Mesyuarat Agung Kedua Pertubuhan ini akan diadakan pada dan tempat seperti berikut:

Tempat : Pusat Pelajar Islam Perak, Jalan Kelab Golf,
Ipoh, Perak D.R.
Tarikh : 20hb. April, 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari

2. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah:


AGENDA MAJLIS:

A. ATURCARA MAJLIS BERMULA - 10.15 pagi

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Pengerusi PARTS
3. Ucapan Peresmian Oleh Pengerusi PARTS

B. JAMUAN RINGAN - 10.30 pagi

C. MESYUARAT BERMULA - 10.25 pagi

1. Ucapan Pengerusi PARTS Yang Mempengerusikan Mesyuarat
2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2007
3. Membentang Dan Meluluskan Laporan Setiausaha Kehormat 2007
4. Membentang Dan Meluluskan Laporan Bendahari 2007
5. Perkara-perkara Berbangkit.
6. Perlantikan Pengamanah (Fasal 13), Penasihat/Penaung (Fasal 15).
AJK Daerah dan Biro-biro.
9. Membahaskan Usul-usul, (jika ada);
10. Lain-lain hal.
11. Ucapan Penangguhan -11.45 pagi

3. Kehadiran tuan / puan akan menunjukkan minat, sumbangan serta meriahkan perjalanan mesyuarat tersebut.


“KEAKRAPAN MELALUI GELOMBANG UDARA”

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


…………………………….
(9W2PHE Mahadi bin Yahya)
Setiausaha,
Pertubuhan Penyiar Radio Amator Perak .