Jumaat, April 4

NOTIS MESYUARAT AGUNG PARTS KEDUA 2008.

Kepada;

Semua Ahli PARTS.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekelian.
Assalamualaikom;

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG PARTS KEDUA 2008.

Sukacita dinyatakan bahawa mengikut persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat pada 2hb. Mac 2008 yang lalu dan mengikut Perlembagaan PARTS, Fasal 8, Mesyuarat Agung (1) Dan (3), bahawa Mesyuarat Agung Kedua Pertubuhan ini akan diadakan pada dan tempat seperti berikut:

Tempat : Pusat Pelajar Islam Perak, Jalan Kelab Golf,
Ipoh, Perak D.R.
Tarikh : 20hb. April, 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari

2. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah:


AGENDA MAJLIS:

A. ATURCARA MAJLIS BERMULA - 10.15 pagi

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Pengerusi PARTS
3. Ucapan Peresmian Oleh Pengerusi PARTS

B. JAMUAN RINGAN - 10.30 pagi

C. MESYUARAT BERMULA - 10.25 pagi

1. Ucapan Pengerusi PARTS Yang Mempengerusikan Mesyuarat
2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2007
3. Membentang Dan Meluluskan Laporan Setiausaha Kehormat 2007
4. Membentang Dan Meluluskan Laporan Bendahari 2007
5. Perkara-perkara Berbangkit.
6. Perlantikan Pengamanah (Fasal 13), Penasihat/Penaung (Fasal 15).
AJK Daerah dan Biro-biro.
9. Membahaskan Usul-usul, (jika ada);
10. Lain-lain hal.
11. Ucapan Penangguhan -11.45 pagi

3. Kehadiran tuan / puan akan menunjukkan minat, sumbangan serta meriahkan perjalanan mesyuarat tersebut.


“KEAKRAPAN MELALUI GELOMBANG UDARA”

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


…………………………….
(9W2PHE Mahadi bin Yahya)
Setiausaha,
Pertubuhan Penyiar Radio Amator Perak .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan