Rabu, Disember 26

Selamat Datang 2008

Selamat menyambut tahun 2008, semoga 2008 ini akan lebih bermakna, dilimpahkan keberkatan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan gembira bersana keluarga serta rakan taulan . semoga 2008 juga akan menjadikan semua Operator Amatur Radio di Malaysia lebih bersikap Professioanl.

Operator Amatur Radio di Malaysia boleh pergi jauh.. bukan saya QSO.. moga-moga 2008 akan dapat memperbanyakkan aktiviti yang berbentuk Teknikal, penemuan baru Antenna untuk kesuaian mukabumi di Malaysia. Melahirkan lebih ramai lagi yang aktif/bergiat cergas dalam Amateur TV (ATV) Slow Scan TV (SSTV), Digi Repeater , dan BerQSO dengan Angkawan di ISS walaupun Angkasawan kita 9W2MUS kini di tanah air.


dan banyak lagi...

Jumaat, Disember 21

9W2SMK Selamat di Ijab Kabul



Tahniah kepada rakanku 9W2SMK Mohd Khairul B Hassan Basari dan pasangannya Faizah Bt M Isa selamat di ijab kabulkan pada 20hb Dis 2007 di Masjid An-Nur UTP.

Semoga bahgia hingga ke akhir hayat

Rabu, Disember 19

PARTS Field Day 2007



Sebagai Pengarah Projek PARTS Field Day 2007, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rakan-Rakan yang sama-sama menjayakan Program yang julung-julung diadakan.

Walaupun sebagai orang baru di dunia Radio Amatur, saya cukup saya bertuah mempunyai rakan-rakan yang telah memberi sokongan yang jitu untuk mempastikan program ini berjalan jancar. Dengan kehadiran 9W2IL Dato' Muhammad Ismail ( President MARTS ) sedikit banyak telah memberikan saya kekuatan untuk meneruskan aktiviti pada masa depan.


9W2IL Dato' Muhammad Ismail ketika "Sharing Session"


Menjamu selera bersama keluarga


Antenna 40M yang telah dinaikkan


9W2AFR tengah "Tuning" HF


"Engineering Game" untuk menguji kesetiaan dan semangat sepasukan


Bergerak Pulang


:: Gambar oleh 9W2ZYU

Rabu, Disember 5

Kedudukan Jiran Radio Amatur



Taburan Operator Amatur Radio di Bandar Seri Iskandar dari Google Earth

Sabtu, November 24

15hb hingga 16hb :: PARTS Flied Day 2007



Bayaran Untuk Keluarga
Isteri @ Dewasa RM 42.00
termasuk Penginapan, Makan Minum & Baju Edisi Khas

Remaja @ 15Tahun ke atas RM 40.00
termasuk Penginapan, Makan Minum & Baju Edisi Khas

Kanak-Kanak @ 5 Tahun hingga 14 tahun RM 20.00
termasuk Penginapan, Makan Minum & Baju Edisi Khas

Keterangan lanjut sila hubungi
Sallehan | email : 9w2sbd@parts.org.my
Ustaz Najdi | email : 9w2dfa@parts.org.my
atau lawat blog ini http://partsflieldday2007.blogspot.com/ untuk mendapatkan maklumat terkini

Jumaat, November 16

International Conference on Intelligent & Advanced Systems ICIS2007




Pergi ke ICIS2007 bukan untuk Present Paper.. tapi sebagai AJK Pengelola (Teknikal).. tapi mana tahu.. masa International Conference tu.. ada Tajuk Paper.. Ada pasal RF ke.. Transmitter ke.. Antenna ke... boleh share-share dengan kawan bila balik nanti.. Lebih 300 "Paper" akan di bentangkan dari hampir 30 Negara yang terlibat.

I'allah, saya 9W2SBD bersama-sama 9W2LCD, 9W2SMK dan Boss saya 9W2UMZ akan terlibat dalam program tersebut. Moga kesempatan ke Lembah Kelang ini dapat berjumpa dengan rakan RA di lembah Kelang.. Dan yang paling yang saya ingin kontek Perdana di Daratan.. tidak lain tidak bukan... Usahawan Berjaya Kita.. 9W2EZM.. saya selalu berQSO di 9M4RIP

73..

Khamis, November 15

Bila Dengar Berita Bangunan di Hutan Belum Runtuh...

Tiba-tiba... rindu plak nak pergi sana... mungkinkah Disember datang lagi... untuk kesana.. teringinkan Ikan tengalan.. ikan baung... ikan kelah...(dulu belum diwartakan lagi) madu lebah tualang..

Teringin nak pergi balik ke Pos Chiong, Air Mangga, Teluk Mejar Hashim, Sg Kedah,Sg Banun, Kedai Mat Shah, Kem Toman, Sg Kejah, Maker November, Sg Tiang dan banyak lagi tempat-tempat menarik.. kenangan semasa bertugas dengan PBD PFS Pulau Banding Feb 1991 hingga April 1994.


Bersama 9W2SMK semasa di Hulu Sg Perak.. (Sg Kejar kot... lupa plak..)


Pengangkutan Utama ke Royal Belum


Gambar terakhir di ambil sebelum di kejar oleh "Orang Besar"


Semoga jambatan gantung ini masih kekal....

Rabu, November 7

Buku Terbaru di Pasaran



The ARRL Handbook for Radio Communications
Hardcover--$59.95 Includes book, CD-ROM and BONUS CD-ROM.
ARRL Order No. 1026 (ISBN 0-87259-102-6)

Rabu, Oktober 24

20hb Okt 2007 : Program Radio Amatur di SMK Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan, Perak

PARTS diberi kepecayaan untuk mereasasikan Time Eng untuk memberi pendedahan Radio Amator di sekolah angkat Time Eng SMK Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan, Perak. Lintas langsung mendengar QSO Angkasawan kita dengan Callsign 9W2MUS dengan Stesen Bumi (Planetarium Negara). Program telah berjaya dijalankan dengan bantuan semua pihak


Bersama Firdaus berQSO dengan pelajar-pelajar SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, P.Pinang dan SMK Kelana Jaya, Selangor mengunakan Callsign 9M50MA


Bersama Barisan AJK Pengelola

## Terima kasih 9W2YZU atas gambar-gambar tersebut

Khamis, Oktober 11

Selamat Hari Raya

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Hari Raya" dan maap zahir dan batin kepada pelawat-palawat blog saya ini...

Semoga Operator Ham Radio di Malaysia menyambut Hari raya kali ini dengan rasa penuh syukur... Berhati-hati dijalan raya semasa balik ke kampung.

Dan pastikan cable antenna di base station anda dicabutkan dari rig jika anda meninggalkan base station lama untuk beraya bersama-sama rakan taulan..

73

Isnin, Oktober 8

Rabu, September 19

Tazkirah di 9M4RIP

7.00 malam setiap hari di Bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Tazkirah yang akan diadakan oleh Rakan-Rakan Di PARTS

Pada minggu Pertama Ramadhan ini di sampaikan oleh 9W2DFA ( Ustaz Najdi ) dan minggu kedua pula nanti akan di sampai oleh Seorang rakan radio yang juga di Panggil Ustaz juga.. Bagus tazkirah tersebut.. sampaikan XYL saya juga akan menunggu di rig saya setiap kali tazkirah itu dijalankan..

Jika ada kesempatan.. pantau-pantau di jalur..

146.940 MHz
-0.600 MHz
tone 203.5Hz

Khamis, September 6

Konvoi Merdeka : Parlimen Lenggong


9W2YOP dengan Bendera-bendera diatas bumbung kereta


9W2LIK dan 9W2ZBD sempat berbual-bual sebelum konvoi


Eye-ball sambil tango2..bersama rakan-rakan Ham Lenggong.. selepas konvoi

Terima kasih 9W2KBD kerana "Open Table" makan dan minum tersebut

Picture : by 9w2yzu

Isnin, September 3

Merdeka Field Day di PUO Ipoh

Pada 31hb Ogos 2007 semasa rakyat Malaysia menyambut 50 Kemerdekaan, sempat juga saya
merasa nikmat erti kemerdekaan dari sudut HAM Radio, dan buat pertama kalinya saya dapat melihat secara langsung HF set secara dekat.

Dengan Callsign 9M50MA di Ipoh, sempat juga saya melihat 9M2CH (Uncle Chew) Check Net di 40 meter semasa Merdeka Field Day



Ramai juga rakan-rakan Ham di Ipoh sama-sama di PUO, 9M2MRL, 9W2AFR, 9W2JOI, 9W2MNR, 9W2GAT, 9W2JOI, 9W2PIZ, 9W2RKM, 9W2TKA dan ramai lagi.. tapi...




Dan apa yang saya lihat semasa aktiviti tersebut... "BEST..BEST..BEST"..

## Picture by : 9w2afr

Rabu, Ogos 15

Pameran Radio Amator di Tapak Pesta Konvo Ke-7 UTP

Kelab Media Dan Teknologi Universiti Teknologi PETRONAS (MEDTECH) dengan kerjasama Perak Amateur Radio Transmitters' Society (PARTS) akan mengadakan pameran tersebut pada :-

Tarikh : 24hb Ogos hingga 27hb Ogos 2007
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam*
Tempat : Tapak Pesta Konvo Ke-7, UTP



Semua Rakan-rakan Ham serta keluarga dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada pameran tersebut.

Khamis, Ogos 9

Net Controller

Tak tahu kenapa, dan mengapa, di beri penghormatan oleh rakan-rakan untuk menjadi Net Controller di 1449.990 di Simplex Channel VEE99 Check Net Ruang Udara Negeri Perak pada 6hb Julai 2007

Nak jadi kebetulan pada hari tersebut, antenna J Pole Home Brew kesayangan saya terkulai jatuh kebumi. Masa terpaksa dinaikkan antenna sementara antenna Slim Jim saya baru saya beli. Antenna Slim Jim yang pada mulanya untuk kegunaan semasa Pesta Konvo Ke-7 yang akan diadakan pada 24hb hingga 27hb Ogos 2007.

Alhamdulilah, seramai 18 Stesen yang sempat Check Net malam tersebut. Ramai juga ingin cuba Check.. tapi apakan daya.. audio saya kurang memuaskan seperti sebelumnya mengunakan antenna J Pole Home Brew kesayangan saya.

Terima kasih kepada rakan yang dapat saya copy audionya… yang tidak dapat copy audionya… minta maaf dari PTT hingga ke hujung antenna. Mungkin setup saya kurang memuaskan..

Lepas itu OK lah… tiba-tiba plak.. pada 7hb Julai 2007 kena tangkap jadi Net Controller bidang terjun di Repeater ASTRA Local Brincang. Alhamdulilah, seramai 18 Stesen juga yang sempat Check Net malam tersebut.

Dan akhir sekali, terima kasih yang berkesudian Check Net di 1449.990 di Simplex Channel VEE99 Check Net Ruang Udara Negeri Perak Dan Repeater ASTRA Local Brincang.

** gambar semasa mengendalikan net akan di”upload” kemudian..

Rabu, Ogos 8

5/08/2007 Sambutan ASTRA 10 Tahun

Sempena sambutan ASTRA 10 Tahun, sempat juga ke Rumah 9M2RR, Presiden ASRTA. Walaupun agak lewat sampai 11.00malam, sempat juga saya bersama 9W2ZZR, 9W2DRA dan SWAL SFN ( Anak Saya::Safina) berjumpa dan berkenalan dengan Rakan2 Ham seluruh Malaysia yang datang ke sambutan ASTRA 10 Tahun. Dan sampai balik di Base Station jam 4.00 pagi.

Pukul 10.00 bersama SWAL SFN ( Anak Saya::Safina) ke Kg Gajah untuk menyambut ketibaan Kembara Basikal mengelilingi Semenajung Malaysia oleh 9W2AMK bersama seorang lagi Pesara Guru… (minta maaf terlupa plak namanya..)




Terasa HEBATnya rakan2 Ham di Kg Gajah... Dengan Bendera Jalu Gemilang, Bendera Perak & Bendera ASTRA di Kereta Pengiring menanti di Bota Kanan... HEBAT.. HEBAT.. HEBAT... persediaan di lakukan oleh rakan2 Ham di Kg Gajah. terpanggil SWAL SFN ( Anak Saya::Safina::6 tahun) menyanyi lagu2 jalur gemilang semasa Konvoi dari Kg Gajah ke Bota Kanan yang diketuai oleh 9M2NNL Pak Nasir...

Akhirnya Rombongan Konvoi Dari Kuala Kangsar selamat Sampai depan Masjid Bota Kanan yang diketuai oleh 9W2WGC Pak Wan, 9W2ZBD, 9W2PWD, 9W2SMZ dan ramai lagi rakan Ham dari Kuala Kangsar.

Sambil makan nasi Ayam yang ditaja oleh SWAL TAR.sempat juga saya berbual-bual dengan 9W2AMK dan Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ). Apa yang dimaklumkan oleh Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ) tersebut, dia AMAT-AMAT terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh rakan2 Ham sepanjang XPDC Berbasikal tersebut.




Setelah penyerahan tugas dari 9W2WGC Pak Wan kepada 9M2NNL Pak Nasir.. sempat saya menberikan kata-kata semangat kepada 9W2AMK dan Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ). Dengan kata-kata ::semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi:: saya tinggalkan Rombongan tersebut bersama anak saya untuk ke Ipoh atas urusan keluarga.

Selasa, Ogos 7

28hb Julai 2007 :: BILA 9W2?BD BERTEMU…

Kuala Kangsar Labu Sayong Family Eyeball 28hb Julai 2007 selamat dijayakan.
Syukur semasa program tersebut ramai Rakan Ham Kuala Kangsar
Selain berjumpa rakan2 Ham Kuala, Rakan2 Ham dari Lenggong pun turut serta. Dan paling best...bila 9W2ZBD Pak Ya, 9W2KBD Pak Hassan dan saya 9W2SBD Sallehan bila kami sempat merakam gambar kenang-kenangan.


::Kiri-9W2KBD Pak Hassan ::Tengah-9W2ZBD Pak Ya :: Kanan-9W2SBD Sallehan

Selasa, Julai 24

Akhirnya... dapat juga berQSO

Setelah lama monitor MARTS Link akhirnya saya memberanikan diri untuk cuba-cuba berQSO dengannya. Alhamdulilah pada 18hb Julai 2007, Jam 10.15 Malam.. akhirnya dengan Handy TK508 saya, dari Dewan Canselor UTP dapat juga saya BerQSO dengan 9W2TZ En Hanafi dan juga 9M2AU En Aziz di MARTS Link. Maka sudah tertunaikan hayat saya berQSO dengan 9W2TZ En Hanafi



Saya terkenangkan kembali mula-mula sekali saya hubungi 9W2TZ En Hanafi mengenai apa itu Ham Radio. Dah dari situ saya mengenali apa itu Amateur Radio.

Dan dari situ juga saya mengenali 9W2SLJ Pak Lop dan 9W2HMI Abg Hazli. Dan akhirnya saya memiliki Lesen AA dan terbaru ada 4 orang warga UTP yang lulus RAE 2007-1.

Sekali lagi... untuk 9W2TZ En Hanafi.. terima kasih...

73

Rabu, Julai 18

Kedua-dua Student UTP lulus RAE 2007-1

Alhamdulilah kedua-dua Student UTP yang saya perkenalkan Amateur Radio telah lulus RAE, Mungkin lepas ini banyak lagi student dan staff UTP akan mempunyai CALLSIGN


President MEDTECH yang baru lulus RAE dengan gayanya tersendiri


Apakah CALLSIGN untuk "budak nakal" ini nanti..?

Selasa, Julai 10

Kenapa aku minat sangat Rig ini..

Model : Yeasu FTM-10R/E 2m/70cm Band FM Dual Band Transceiver

Mungkin belum sampai kat sini atau pun singapura, mungkin harganya agak mahal, mungkin aku peminat setia Yeasu kot.. segalanya mungkin... yang pasti aku terpaksa mengikat perutku untuk memilikinya...


OPERATING IN THE FREQUENCY BAND FROM 144 MHz TO 148 MHz by CMC





Sabtu, Jun 16

My QSO Database Project



Banyak Database untuk kita menyimpan rekod QSO,dan manjadi amalan setiap QSO kita kena Logkan.. Dalam internet anda boleh mendownload shareware2 yang ada.. Saya membuat keputusan untuk membangunkan database sendiri.. saya percaya dengan adanya database ini saya akan dapat update dari masa ke semasa.. ianya juga dapat sekurang-kurang develop skill saya dalam membangunkan database..

dan menjadi harapan saya suatu hari nanti database ini dapat di uploadkan dalam blog ini secara online.. dan rakan2 boleh check senarai QSO bersama saya dan boleh berkongsi signal report dan log bersama-sama..

Selasa, Jun 12

RAE 2007-1 - FINAL REVIEW DI UTP

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar bagi kelas yang julung kalinya dianjurkan 0leh PARTS, Vee99 dan dengan kerjasama Jabatan IT & Multimedia UTP

Lebih dari 30 stesen SWAL telah hadir dengan satu tujuan iaitu menimba ilmu beserta megulangkali demi persediaan RAE nanti. Rakan-rakan berlesen juga hadir untuk memberi sokongan serta semangat kepada mereka.

Dengan tenaga pengajar yang berkaliber 9M2AGC (Azlan) pihak kami pasti bakal-bakal HAM yang dilahirkan mampu mempunyai tahap disiplin yang tinggi juga akan disegani diserata pelosok dunia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana sudi mengorbankan masa cuti beliau demi menyaksikan kejayaan yang mendatang.

Sekalung terimakasih juga kepada 9W2SLJ (Pak Lope) atas ilmu-ilmu yang disumbangkan kepada rakan-rakan SWAL sebelum ini. Meskipun agak kurang sihat, demi HAM beliau hadir untuk membantu dalam pengajaran setiap minggu di Jalan Ashby. Jasa-jasa beliau akan tetap kami kenang dan diharap beliau dapat meneruskan usaha-usaha yang murni ini.

73

Selasa, Jun 5

Pameran Radio Amator Taiping

Alhamdulilah, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk turut sama menjayakan Pameran tersebut di taping pada 26/05/2007. Pameran tersebut diadakan atas permintaan JPA3 Negeri Perak seperna Hari JPA3 Wilayah Utara.

9W2ZZR Cikgu Zaki, 9W2JPA Cikgu Ramly, 9W2PIZ Abg Hapiz dan saya 9W2SBD diberi kepercayaan oleh PARTS untuk mengendalikan pameran tersebut. Walaupun ini kali pertama PARTS mengadakan pameran, saya rasa ianya cukup memberi makna kepada saya.
Setup yang simple tapi penuh dengan maklumat.

Ramai anggota JPA3 berminat dengan Amateur Radio, dan menjadi harapan saya, agar lepas ini ramai dikalangan anggota JPA3 akan mempunyai Callsign.

Kepada 9W2ZZR Cikgu Zaki, 9W2JPA Cikgu Ramly dan 9W2PIZ Abg Hapiz.. senang dan gembira dapat berkerjasama dengan saudara. Harap2 di aktiviti PARTS kita akan dapat berkerjasama lagi.

Mee Udang... kat Kuala sepetang...memang best...

73

Isnin, April 23

Dalam Logbook Saya

Alhamdulilah.. bila dah ada AA banyak kenalan Ham sudah saya BerQSO..
ramai yang membantu untuk mempertingkatkan cara QSO saya selain mengikut SOP yang telah digariskan oleh MCMC. terima kasih pada semua..

9M2CW, 9M2NNL, 9M2AGC, 9W2ATN, 9W2CCP, 9W2DRA, 9W2GLK
9W2HMI, 9W2IBH, 9W2JPN, 9W2KLA, 9W2KMR, 9W2MMP, 9W2MNR
9W2NAQ, 9W2OMO, 9W2PHE, 9W2PIZ, 9W2RBB, 9W2RIL, 9W2RSB
9W2SLJ, 9W2SMK, 9W2UMZ, 9W2VEE, 9W2YOP, 9W2YR, 9W2ZAD
9W2ZBD, 9W2ZZR dan banyak lagi...

terima kasih kerana QSOnya...

73

Isnin, Mac 5

Bermulanya saya mengenali Ham Radio

Pada awalnya, saya tiada mempunyai seorang pun kenalan Ham Radio, saya memamg tidak tahu langsung apa itu Ham Radio

Nak jadi rezeki, saya menerima satu notis bayaran dari MCMC berhubungan dengan itu saya pun melawati web MCMC, dari itu kisahnya bermula.

Saya melayari web, MARTS, MARES, ASTRA, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Ham Radio. Orang Pertama saya hubungi ialah En Hanafi bin Mohamad Ishak,9W2TZ. dari mula perbualan menampakkan keakraban orang-orang Ham. Oleh kerana saya dari Ipoh, saya diperkenalkan kepada Mr Chin,9M2CW.

Mr Chin,9M2CW telah memperkenalkan saya dengan Pak Lop, 9W2SLJ. dari detik itu bermulanya saya megenali Ham Radio. Menghadiri Kelas RAE di D.O.R Rumah Pangsa Jalan Ashby secara PERCUMA selama 7 kali oleh Pak Lop, 9W2SLJ dan anaknya Nabil, 9W2MNR

Pada 29hb Nov 2006 kami menduduki Exam RAE di USM Tanskrian, alhamdulilah kelima-lima kami dari UTP telah Lulus RAE, dan paling menariknya semua "Student" Pak Lop telah lulus... terima kasih Pak Lop,9W2SLJ.

Dan awal Feb 2007, saya telah memiliki AA dengan callsign 9W2SBD.

Saya juga mengambil ksempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada 9W2SLJ, 9W2MNR, 9W2HMI, 9W2TZ, 9M2CW, 9M2NNL, 9W2RBB, 9W2PIZ, 9W2PHE dan rakan2 Ham Radio lain yang telah membantu saya megenali Ham Radio lebih dekat lagi sehingga saya memiliki AA.

Sekian, 73