Sempena sambutan ASTRA 10 Tahun, sempat juga ke Rumah 9M2RR, Presiden ASRTA. Walaupun agak lewat sampai 11.00malam, sempat juga saya bersama 9W2ZZR, 9W2DRA dan SWAL SFN ( Anak Saya::Safina) berjumpa dan berkenalan dengan Rakan2 Ham seluruh Malaysia yang datang ke sambutan ASTRA 10 Tahun. Dan sampai balik di Base Station jam 4.00 pagi.
Pukul 10.00 bersama SWAL SFN ( Anak Saya::Safina) ke Kg Gajah untuk menyambut ketibaan Kembara Basikal mengelilingi Semenajung Malaysia oleh 9W2AMK bersama seorang lagi Pesara Guru… (minta maaf terlupa plak namanya..)
Terasa HEBATnya rakan2 Ham di Kg Gajah... Dengan Bendera Jalu Gemilang, Bendera Perak & Bendera ASTRA di Kereta Pengiring menanti di Bota Kanan... HEBAT.. HEBAT.. HEBAT... persediaan di lakukan oleh rakan2 Ham di Kg Gajah. terpanggil SWAL SFN ( Anak Saya::Safina::6 tahun) menyanyi lagu2 jalur gemilang semasa Konvoi dari Kg Gajah ke Bota Kanan yang diketuai oleh 9M2NNL Pak Nasir...
Akhirnya Rombongan Konvoi Dari Kuala Kangsar selamat Sampai depan Masjid Bota Kanan yang diketuai oleh 9W2WGC Pak Wan, 9W2ZBD, 9W2PWD, 9W2SMZ dan ramai lagi rakan Ham dari Kuala Kangsar.
Sambil makan nasi Ayam yang ditaja oleh SWAL TAR.sempat juga saya berbual-bual dengan 9W2AMK dan Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ). Apa yang dimaklumkan oleh Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ) tersebut, dia AMAT-AMAT terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh rakan2 Ham sepanjang XPDC Berbasikal tersebut.
Setelah penyerahan tugas dari 9W2WGC Pak Wan kepada 9M2NNL Pak Nasir.. sempat saya menberikan kata-kata semangat kepada 9W2AMK dan Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ). Dengan kata-kata ::semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi:: saya tinggalkan Rombongan tersebut bersama anak saya untuk ke Ipoh atas urusan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan