Khamis, Ogos 9

Net Controller

Tak tahu kenapa, dan mengapa, di beri penghormatan oleh rakan-rakan untuk menjadi Net Controller di 1449.990 di Simplex Channel VEE99 Check Net Ruang Udara Negeri Perak pada 6hb Julai 2007

Nak jadi kebetulan pada hari tersebut, antenna J Pole Home Brew kesayangan saya terkulai jatuh kebumi. Masa terpaksa dinaikkan antenna sementara antenna Slim Jim saya baru saya beli. Antenna Slim Jim yang pada mulanya untuk kegunaan semasa Pesta Konvo Ke-7 yang akan diadakan pada 24hb hingga 27hb Ogos 2007.

Alhamdulilah, seramai 18 Stesen yang sempat Check Net malam tersebut. Ramai juga ingin cuba Check.. tapi apakan daya.. audio saya kurang memuaskan seperti sebelumnya mengunakan antenna J Pole Home Brew kesayangan saya.

Terima kasih kepada rakan yang dapat saya copy audionya… yang tidak dapat copy audionya… minta maaf dari PTT hingga ke hujung antenna. Mungkin setup saya kurang memuaskan..

Lepas itu OK lah… tiba-tiba plak.. pada 7hb Julai 2007 kena tangkap jadi Net Controller bidang terjun di Repeater ASTRA Local Brincang. Alhamdulilah, seramai 18 Stesen juga yang sempat Check Net malam tersebut.

Dan akhir sekali, terima kasih yang berkesudian Check Net di 1449.990 di Simplex Channel VEE99 Check Net Ruang Udara Negeri Perak Dan Repeater ASTRA Local Brincang.

** gambar semasa mengendalikan net akan di”upload” kemudian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan