Ahad, Ogos 30

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-52

semoga kita tahu apa makna sebenarnya Kemerdekaan...

Selasa, Ogos 25

Tiba masanya

Tiba masanya giliran saya bercuti, setelah sebulan-2 nie sibuk berbagai event kat sini.. Bermula esok.. 26hb Ogos hingga 1hb Sept 2009... aku bercuti panjang... akan mengambil kesempatan bersama-sama keluarga di bulan Ramadhan al-mubarak ini..

kasi layan.. sekejab..


motor yg hebat2 pernah di hasilkan

Photobucket
KTM... dulu jalan atas reel...sekarang kat mana-mana pun boleh

lagi yang menarik...
Motor yang paling moden > MODENas
Motor yang ada hon >. HONda
Motor yang paling best > Suzuki Best
Motor yang paling bahaya > Hurricane (honda)
Motor untuk ahli sukan > Yamaha Sport
Motor yang paling elegen> Modenas Elegen
Motor yang paling ego >. Yamaha Egos
Motor yang asyik menang jer > Modenas Jaguh
Motor yang paling tajam > Modenas Kriss
Motor yang lagi tajam> Modenas Kriss II
Motor untuk menteri > Yamaha Pasola (Ala dlm cite P.Ramlee Laksamana Doremi Menteri Pasola)
Motor untuk VVIP > Modenas Elit
motor paling tajam -> Blade, bukan kriss
motor paling seronok -> Excite
Motor tak guna pistol -> shogun
Motor paling cute -> Comel
Motor paling berahi -> passion
Motor paling jahat -> Bandit
Motor raksasa -> Ducatti monster
Motor paling best -> suzuki best?
Motor pandai karate -> kawasaki ninja
Motor red indian -> tomahawk
Motor cam terminator -> Eliminator
Motor yg lagi tajam dan ganaz dari Blade / Kriss -> FireBlade
Motor paling kaya -> goldwing
Motor kartun -> Yamaha YZF-600R Thundercat <- polis pakai ke motor ni?
motor yang paling lama … … Yamaha Lagenda
motor yang antivirus … … . Norton (motor lama) - symantec
Motor yang ader kelas … … . EX5 Class
motor yang satu kelas … … . EX5 Class 1
motor yang x stabil … … … Honda wave
Motor yang paling laju di atas air => Motobot
Motor yang paling lama boleh bercakap ==> Motorola

Isnin, Ogos 24

simple je

Waktu berbuka ku... selain buah kurma, buah melaka & soya bean.. dah syukur alhamdulilah.. lepas tu nasi boleh.. meee boleh.. tak kisah pun..




Kalau sahur kalau tak makan nasi goreng.... beli awal-awal roti canai kedai 786.. 4.45am wife bangun panaskan kuali.. tampal roti canai dengan telor.. makan dengan Baked beans dengan secawan-2 milo panas...

Jumaat, Ogos 21

kagum.. tumpang bangga




Menitis air mata saya melihat Tuan Mohd Irwan Bin Tuan Daun, 22 tahun yang mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) E&E - Kelas ke-2 atas.. menerima Ijazahnya dari Vice Canselor UTP, ( President PETRONAS )... disebalik kejayaan beliau,, banyak rahsia yang boleh kita kongsi bersama..

masih saya ingat lagi... semasa salah buah lift di blok akademik rosak.. kawan-kawanya mendokongnya naik tangga.. untuk ke Lab.. beliau tetap bersemangat untuk ke kelas... walaupun OKU.. namun kesungguhannya... tabik spring untuk mu Irwan.. tiada ayat-ayat yang indah boleh terkeluar dari mulut saya untuk mu irwan... Kepada kawan-kawan irwan juga "tabik spring" juga untuk anda semua.. semoga allah mebalas jasa baik anda semua...

saya tidak mampu terus menulis dalam posting ini.. terkeluar air mata ini... tahniah irwan .. tahniah kawan irwan.. tahniah kepada semua graduan... semoga saya mempunyai kawan seperti irwan dan kawan-kawanya..


Read More...

tak sempat nak share dengan rakan-rakan

Niat nak kongsi dengan rakan-rakan dan buat antenna 7E yagi tak kesempatan.. sebulan dua agak sibuk dengan kerja-kerja di tempat kampus.. Tapi dengan izin allah, i'allah.. lepas raya kot... semoga ianya menjadi kenyataan.. walaupun moke-up antenna sudah siap sepenuhnya... saya belum sedia untuk berkongsi dengan rakan-rakan lagi... biar nanti di Wakaf PARTS kita buat sama-sama... "membudayakan "homebrew" di hati kita..



Khamis, Ogos 20

Tradisi keluarga kembali lagi



Setiap kali Ramahdan... menjadi tradisi kami adik beradik bergilir-gilir membantu membantu Kakak Saya di Pasar Ramadhan Stadium Perak menjual Ayam Percik Resipi Keluarga sejak 20 tahun.. Setiap cuti Sabtu/Ahad akan melapor diri di sana untuk tugas-tugas membakar Ayam... rakan-rakan nak try rasa ayam percik... jangan lupa singgah ke gerai kami (Wak Ayam Percik)

Isnin, Ogos 17

Ayuh kawan..


Roti Anacondda di Nasmir ini.. Nilainya cuma lima ringgit, tapi boleh di kongsi ramai-ramai.. bukan kenyang pun..tapi nilai persahabatanya yang TIDAK TERNILAI HARGANYA..

kita bukan ramai pun kat malaysia... bukan 1 hobi ini di malaysia.... banyak lagi.. RC, memancing, 4X4, basikal dan banyak lagi... buang sejarah hitam tu... buka buku baru... sedih juga saya rasa ni.. orang baru dalam dunia Radio Amatur.. macam nama kalau promote rakan-rakan lain join dalam dunia radio amatur...

"WE AS ONE" saya percaya 1 hari nanti.. ianya menjadi kenyataan...jangan kita salah gunakan kemudahan media ( Internet & Freq )yang kita ada..... ingat "power of PTT" dan Tulisan di Blog/Web ini.. kalau digunakan sebaiknya.. aman dunia dan akhirat... tapi sebaliknya.. huru hara semuanya... "ORANG LAMA, ORANG BARU SAMA JE.. yang penting kita saling hormat menghormati.. rasa bertanggungjawab..

"BANYAKKAN AKTIVITI, KURANGKAN GOSSIP"

Apa komen/idea anda?

p.s.. Dari isi hati insan kerdil yang bernama sallehan.. dipetik dari senario semasa (yang saya rasakan) nilai persahabatan di lembah kinta..

Marhaban Ya….Ramadhan!!


Wahai manusia !!!!!!!!!!

Sungguhpun telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari - harinya adalah hari - hari paling utama. Malam - malamnya adalah malam - malam yang paling utama. Setiap masanya adalah masa yang paling utama.

Inilah bulan, kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amalan-amalanmuakan diterima, dan doa-doamu juga akan diijabah.

Bermohonlah kepada Allah S.w.t dengan niat yang tulus dan hati yang suci, agar Allah membimbingmu untuk melakukan qiyam dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah rasa lapar dan hausmu, seperti kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin.

Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu dan jaga pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, juga pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.

Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya kamu dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih. Allah s.w.t akan menjawab ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia !!!!!!!!!!

Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amalanmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung berat kerana beban ( dosa )-mu, maka ringankanlah dengan melamakan sujudmu. Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb Al-'Alamin.

Wahai manusia !!!!!!!!!!

Barangsiapa diantaramu memberi sumbangan makanan kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan :

· Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.

· Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.


Wahai manusia !!!!!!!!!!

Siapa yang baik akhlaknya di bulan ini ia akan berjaya melalui titian sirat pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
Barangsiapa yang menahan kemarahannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.
Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
Barangsiapa melakukan solat fardhu dengan sempurna ganjarannya seperti melakukan 70 solat fardhu dibulan yang lain.
Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan itu ringan.
Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia !!!!!!!!!!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan untukmu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin R.A. Berdiri Dan Berkata,
"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."

Ahad, Ogos 16

Tahniah buat anda semua..


Tahniah kepada Graduan-Graduan untuk Majlis Konvo Ke-9 UTP, semoga anda menjadi insan yang berguna untuk keluarga, bangsa, negara dan agama.

Sabtu, Ogos 15

Bersama : Merdeka Explorace UiTM Seri Iskandar

Jemputan dari UiTM Seri Iskandar untuk bersama-sama mahsasiswanya untun program Merdeka Explorace UiTM Seri Iskandar. Kayuhan bermula dari UiTM Seri Iskandar ke Lumut. Sekali lagi Baju Cycling Hams Malaysia di pertontonkan kepada warga2 UiTM.

9M2NNL, 9W2DFA, SWAL Pak Cu, SWAL Cikgu Zaudi, SWAL Ang Din, SWAL Prof Ashar dan pengayuh dari SIT turun serta dalam program Merdeka Explorace UiTM Seri Iskandar.





saya.. join suku jalan je... kena balik UTP untuk persiapan konvo.. semoga selamat sepanjang perjalanan pergi dan balik.."all the best"

Jumaat, Ogos 14

Barang Baikkkkkkkk

Nak Tolong kawan jual Barang kesayangan beliau

Brand : HARO Escape
Harga : 1K (nego)
Percoma : hadiah misteri ... call dia dulu... baru tahu
Contact : Kaswan 013 5212245

Khamis, Ogos 13

Tahniah pada yang lulus... yang gagal. jangan putus asa


Terbayang kegembiraan rakan2 yang telah lulus..

Tahniah pada yang lulus... yang gagal. jangan putus asa.. cuba sekali lagi..

Semak Keputusan di link ini

Selasa, Ogos 11

Dah lepas

Gambar kenang-kenangan 2 event yang lepas


Barisan Urusetia UTP Convo Swing 2009, Bukit Kemuning Golf & Country Resort, Shah Alam


My gurls.... Aishah & Hannan handle Video MCP semasa. Debat Alam Sekitar Peringakat IPT Kebangsaan 2009..

ps.. terima kasih ray_cap

Antara yang menarik disini..

Isnin, Ogos 10

sama sama kena tangkap

Dalam kesibukan persiapan konvo,. sementara waktu rehat yang terancang... saya ambil kesempatan untuk berkayuh dalam kampus UTP.. masa berkayuh sempat jumpa student2 UTP (MEDTECH) yang baru balik bercuti 1 minggu tengah OUTING dengan DSLR masing2 mengambil gambar panaroma Kampus UTP..

Saya tangkap gambar diorang .... sempat juga diorang shot gambar saya plak...heheheh..




p.s.. terima kasih Nina..

Ahad, Ogos 9

Mula2

Antara Team yang mula-mula masuk untuk Persiapan Majlis Convo...


Dewan yang belum di make-up dengan suasana sebenar konvo..

Sabtu, Ogos 8

Kepanasannya mulai terrasa..

7.55 PM selamat sampai kat office dari Bukit Kemuning Golf & Country Resort, Shah Alam. Esok dah mula sibuk dengan persiapan Konvo... jangan lupa rakan2.. jemput datang ke UTP.. 14hb hingga 16hb Ogos 2009.. Ada Pesta Konvo.. dengar2 cerite.. artis Amy Search.. buat show ada sabtu.. malam minggu... fewittttttttttttttt

Selasa, Ogos 4

Drama pendek di Trek Balak..



Megat:
Hoi Botak…. Macam mana nie…

Sham :
haah..

Megat:
Jom blah… aku dah tak larat nie..

Sham:
relax lah megat.. skit lagi bukit tu…

Megat:
relax… relax.. kepala hotakkk hang… nak separuh mati nie..

Sham:
relax lah… skit lagi bukit tu… lepas tu Down Hill.. mesti layan punya..

Megat :
nak separuh mati nie.. aku nak balikkk…botak..

Sham:
relax lah megat… kita kena habiskan… skit lagi… malu kita megat… 1 malaya tahu… kita naik lori…. Malu kita megat… JEN akan gelakkan kita nanti...

Megat:
hahahahha..

Sham:
OK..OK.. kita kayuh slow megat.. aku tunggu hang...

Megat:
kita Take 5 dulu... ambil kat belakang beg aku.....

Sham:
hang balun dulu... setengah kasi kat aku....

Megat:
kalau aku habis kayuh semua check point... aku terus ke Shah Alam... kalau nak colect RM100. dari JEN..... dia bating dgn aku nie...

Sham:
Megat... Megat... Jom.... sambung kayuh... jom..jom…. nanti lewat plak sampai..

Megat:
Botak… jom..jom… jangan kasi malu gang2 baju oren & epal green… nanti 1 malaya tahu…. Kalau kita tak habis… Botak… jom…

Sham:
Jom…jom… lain kali… kita ajak rakimi…bior dia rasa…

Megat:
Tunggu aku botakkkkk..............


p.s: siapa tahu dialong seterusnya?

Isnin, Ogos 3

Kenapa saya akhirnya... menamatkan semua check point


Semangat CyclingHams Malaysia


my Pearl White KONA


Teamwork


Kawan2 memberi dorongan dan semangat..

Depan Skit... lepas tu... DH


Gambar semasa belum berpecah kepada 2-3 kumpulan kecil...


antara kata2 semangat yang kami selalu dengar... bayangkan trek balak nie Check Point 2 yang kami lepas ... sampai Abg Sham (9W2OCC) dah tak boleh senyum..



banyak gambar2 akan menyusul.. ada meeting plak kul 8.30 pagi..