Jumaat, Ogos 21

kagum.. tumpang bangga




Menitis air mata saya melihat Tuan Mohd Irwan Bin Tuan Daun, 22 tahun yang mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) E&E - Kelas ke-2 atas.. menerima Ijazahnya dari Vice Canselor UTP, ( President PETRONAS )... disebalik kejayaan beliau,, banyak rahsia yang boleh kita kongsi bersama..

masih saya ingat lagi... semasa salah buah lift di blok akademik rosak.. kawan-kawanya mendokongnya naik tangga.. untuk ke Lab.. beliau tetap bersemangat untuk ke kelas... walaupun OKU.. namun kesungguhannya... tabik spring untuk mu Irwan.. tiada ayat-ayat yang indah boleh terkeluar dari mulut saya untuk mu irwan... Kepada kawan-kawan irwan juga "tabik spring" juga untuk anda semua.. semoga allah mebalas jasa baik anda semua...

saya tidak mampu terus menulis dalam posting ini.. terkeluar air mata ini... tahniah irwan .. tahniah kawan irwan.. tahniah kepada semua graduan... semoga saya mempunyai kawan seperti irwan dan kawan-kawanya..


Read More...