Jumaat, November 28

RAE KEMBALI LAGI.

Bersediakah anda dengan RAE yang akan diadakan pada 17hb Dis 2008. Saya share sedikit pengalaman semasa membuat persediaan RAE..

Mula-Mula kena baca dan fahamkan yang ini..MCMC Guidelines
Lepas itu cuba dapatkan buku-buku seperti ini. baca dan fahamkan yang ini..


Kalau Ada Masa.. pergilah W/Shop, Kelas-kelas RAE yang diadakan oleh Persatuan/Individu... sambil ada masa terluang.. baca dan fahamkan ini SOP QSO sambil buat latihan tubi contoh-contoh soalan seperti ini Contoh Soalan dan Kalau ada kesempatan eye-ball dengan rakan.. jangan malu-malu tanya rakan-rakan tips-tips untuk menghadapi RAE..

dan khas untuk anda Hadiah Untuk Anda Dari Saya

Khamis, November 27

QSO Report : Sept 2008

Tidak dinafikan masa QSO banyak di "Local" kenapa, mengapa, hanya saya yang tahu sebabnya.. hasilnya 9M4RIP pilihan saya di Repeater dan VEE99 pilihan saya di simplex. mungkin antenna tak cukup power untuk simplex jauh2.. atau belum bersedia untuk dengar rakan yang agak jauh...saya insan pemalu orangnya...


Jumaat, November 21

Kelas RAE 2008-2 anjuran PARTS


Kelas persediaan untuk RAE 2008-2 anjuran PARTS akan bermula pada 21-Nov-2008 seperti butiran di bawah:

Tempat:Rumah Wakaf PARTS, Jalan Silibin, Ipoh.
Hari:Setiap Jumaat malam Sabtu (21/11, 28/11, 05/12, 12/12)
Masa:08.00~10.00 malam (20.00~22.00 Hrs)


Terbuka untuk semua rakan-rakan HAM terutamanya rakan-rakan SWAL yang akan menduduki peperiksaan RAE 2008-2 pada 17-Dis-2008 nanti. Selamat berjaya kepada semua calon RAE 2008-2.

sumber PARTS

Rabu, November 19

PARTS Field Day 2009??








cadang nak buat kat Royal Belum atau di Pulau 7 Tasek Temenggor..
tengah kumpul rakan2 yang sanggup jadi commitee.. nak buat "kick-off" meeting..

9W2DGG pada dasarnya dah setuju.... tengah kumpul rakan-rakan lagi..
yang berminat nak jadi commitee... email kat saya... 9w2sbd@gmail.com

siap paper boleh bawa meeting, harap-harap lulus, mungkin ianya menjadi kenyataan??

Jumaat, November 14

We as ONE, Malaysian..

Semalam 13hb Nov 2008 jam 10.15 mlm, saya rasa sungguh bertuah berkesempatan berQSO di 9M4RIP, terasa bertuahnya saya di bumi Malaysia, tanah tumpah darahku, Bila 3 bangsa utama di Malaysia bergabung dalam dunia radio amatur berQSO di udara sambil berkenal-kenalan di udara.

Terima kasih

9W2YLJ SHO ZEE LIANG,
9W2GUN GUNASEKARAN A/L KRISHNAN
tidak lupa juga terima kasih kepada 9W2TGA ROSLEE BIN HJ ABU HASSAN,9W2HBC HANIF BIN AHMAD Dan rakan-rakan yang memantau di 9M4RIP.

Rabu, November 12

ARRD 2008 : "KALAU BUKAN KITA... SIAPA LAGI"


13hb hingga 14hb Disember 2008

Jam 2.00 pagi.. Dalam keadaan yang masih demam dan bangun untuk makan ubat, dalam sekian lama tidak monitor di Trasnasional ASTRA sempat saya mendengar Rakan berQSO tentang ARRD, 9W2OCC ( Ababg Sham ) 9W2PD Robin dan 9W2??? ( Terlupa Pulak ). 9W2PD Robin telah menceritakan tentang tentatif program ARRD 08, menarik, tertarik.. Elok jugak info sebegini di war-warkan di Repeater-Repeater yang ada diseluruh Malaysia tak kita ASTRA, MARES, MARTS,PARTS dsn.., Mungkin ramai di kalangan operator Radio Amatur tidak mempunyai kemudahan internet.. mungkin maklumat tidak diperolehi..

Dari QSO tersebut, betul juga kata 9W2PD Robin.. buat julung-julung kalinya warga Radio Amatur berkumpul di bawah satu bumbung "Radio Amatur@Ham Radio" tak kita dari persatuan atau kelab mana pun.. Kalau ada -+5000 orang yang mempunyai AA di Malaysia, kalau datang 20% = 1000 Orang... perhhh.. syoknya... pasti meriah.. banyak aktiviti yang menarik menanti kita di sana nanti...

Dengan bayaran seperti di bawah... saya rasakan amat-amat berbaloi.. ingat senang ke nak kumpulkan rakan-rakan... saya juga mengambil kesempatan ini juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Penganjur yang mengadakan antiviti sebegini, semoga dipermudahakan segala urusan...dan succes...

Pada yang berminat.. daftarlah awal... senang pihak urusetia membuat persediaan..

Pembayaran/Sumbangan:
Radio amatur dan SWL:
- RM30 seorang (pembayaran sebelum 15 Nov 2008)
- RM40 seorang (pembayaran sebelum 30 Nov 2008)
- RM50 seorang (pembayaran selepas 30 Nov 2008)
Ahli Keluarga (7 tahun ke atas):
- RM10 seorang (pembayaran sebelum 15 Nov 2008)
- RM15 seorang (pembayaran selepas 15 Nov 2008)
Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun percuma.

## Saya pergi ke? ikut plan.. memang teringin nak pergi... nak pergi.. nak pergi.. borang cuti dah isi.. dan hantar pun... tunggu kelulusan.. namum.. baru dapat tahu.. ada event juga di sini pada tarikh tersebut... tengah..fikir-fikir.. Tugasan atau bersama-sama rakan di PD.. Orang baru di dalam dunia radio amatur ni.. inilah peluang keemasan bersama-sama rakan.. yang boleh di katakan yang "PALING BESAR" diadakan di Malaysia.. i"allah

"Semoga saya salah seorang nanti di ARRD 08.."

73 - 9w2sbd

Isnin, November 10

CYCLETHON 2008 @ Parit

Sejumlah 10 stesen Radio Amatur Negeri Perak adalah diantara 100 peserta mengambil bahagian " Projek Cyclethon 2008 di Dataran Perhimpunan SMK Iskandar Shah Parit hari ini ( 1 November 2008).

Projek tersebut buat julongkalinya anjuran SMK Iskandar Shah tersebut secara besar-besaran dan mendapat sambutan menggalakan di kalangan para pelajar serta orang awam sekitar kawasan Parit, Bota, Manjung, Batu Gajah, Ipoh dan Gopeng.


Sebahagian rakan-rakan Radio Amatur yang berkayuh bersama-sama Ahli Parlimen Parit Ustaz Drs. Mohd Nizar bin Zakaria


Berehat ketika di Check Point..


Ada yang berminat dgn helmet beliau... boleh tanya Ustaz Najdi, 9W2DFA

Rakan-rakan Radio Amatur juga tidak melepaskan peluang untuk ikut serta menjayakan projek tersebut yang mula dilepaskan kira-kira jam 9.00 pagi sejauh 44 km.

Ahli Parlimen Parit Ustaz Drs. Mohd Nizar bin Zakaria telah menyumbang bantuan sebanyak RM 15,000 serta melancarkan projek tersebut.

## hampir kesemua Radio Amatur sungguh bertuah.. membawa pulang Kristal Hitam yang unit lagi manarik...

Tahniah kepada 9W2..



UTP Q Day 2008 | 7 November 2008 | Chancellor Hall

Sekalung Tahniah kepada k/tangan UTP yang mempunyai callsign yang menerima anugerah masing-masing

9W2UMZ ::Meor Mohd Zamil B Meor Hussein::ITMS
Special Award : Quality Practitioner - Administrative Group

9W2SMK ::Mohd Khairul B Hassan Basari::ITMS
Mesra Award - Administrative Support (Technical) Group

9W2SBD ::Sallehan B Din::ITMS
Leadership Award - Administrative Support (Technical) Group

9W2LCD ::Musa B Mohd Yusuf::EE Eng
Leadership Award - Administrative Support (Technical) Group

** Bergerak aktif dengan aktiviti radio amatur sedikit sebanyak memberikan saya kekuatan untuk terus maju..

Selasa, November 4

Bakal warga Amatur di UTP..??



"Abang... ada besi terkeluar dari Beg Abang Lehan.." masih saya ingat lagi kata-kata salah seorang pemain gamelan UTP semasa berkunjung di Jogja tempoh hari..

"Ye ke... biarkan.. aje saya bagi keluar..." jawab saya selamba.. sambil mengeluarkan Yeasu FTM-10SR yang saya bawa semasa melawat Borubodor.. "ini adalah salah satu alat komunikasi untuk rakan-rakan radio amatur berhubung seluruh dunia"..

"Ye ke Bang... demo skit." saya cuba CQ,CQ,CQ.. tapi tiada yg respon... "Bang.. kalau nak join macam mana..?" "nanti balik UTP saya akan buat demo.." jawab saya.. sambil saya menerangkan tentang fungsi dan kebaikan radio amatur

Di Puncak Borubodor.. amat jelas 5/9 rakan-rakan di Jogja ber QSO.. saya cuma monitor je dengan Bluetooth saya..

Nak jadikan ceriter.. masa balik di UTP... keje banyak.. tak sempat nak bagi Borang RAE kepada YL untuk exam Disember ini..

Tak pe... next RAE kot... saya nak Racun YL tu.. untuk ambil RAE... bukan apa.. sekurang-kurangan bertambah YL yang mempunyai AA di Malaysia.. so... ada yang nak tolong adakan kelas untuk YL tu...

Antara Warga Amatur Radio di UTP



Antara Warga Amatur Radio di UTP

9W2UMZ ::Meor Mohd Zamil B Meor Hussein::ITMS
9W2GLK ::Mior Affendy B Mior Aziz::ITMS
9W2SMK ::Mohd Khairul B Hassan Basari::ITMS
9W2SBD ::Sallehan B Din::ITMS
9W2ZAD ::Zul' Amali B Mohd Daud::ITMS
9W2LCD ::Musa B Mohd Yusuf::EE Eng.
9W2EMK ::M Abdul Aalim Bin Ahmad Rozli::Student/ EE
9W2FNS ::Faizal B M Nasir ::Student::/ICTBIS/PETRONAS CARIGALI

## Dalam Proses untuk mendapatkan AA
Prof Dr.Ellis, Grant Andrew::EE Eng (Callsign USA)
Adz Jamros B Jamali::EE Eng.
Mohd Yasin B Baharudin::EE Eng.
Akmaruddin B Jofri (DD/PCSB)::Student/EE/PETRONAS CARIGALI
Mohd Syazwan Akmal bin Yaccob::Student/EE
Akmal Syazwan Yahya::Student/ Mech
Norhidayah Mohd Saini::Student/ Mech


## UTPARC dalam proses pendaftaran