Rabu, November 12

ARRD 2008 : "KALAU BUKAN KITA... SIAPA LAGI"


13hb hingga 14hb Disember 2008

Jam 2.00 pagi.. Dalam keadaan yang masih demam dan bangun untuk makan ubat, dalam sekian lama tidak monitor di Trasnasional ASTRA sempat saya mendengar Rakan berQSO tentang ARRD, 9W2OCC ( Ababg Sham ) 9W2PD Robin dan 9W2??? ( Terlupa Pulak ). 9W2PD Robin telah menceritakan tentang tentatif program ARRD 08, menarik, tertarik.. Elok jugak info sebegini di war-warkan di Repeater-Repeater yang ada diseluruh Malaysia tak kita ASTRA, MARES, MARTS,PARTS dsn.., Mungkin ramai di kalangan operator Radio Amatur tidak mempunyai kemudahan internet.. mungkin maklumat tidak diperolehi..

Dari QSO tersebut, betul juga kata 9W2PD Robin.. buat julung-julung kalinya warga Radio Amatur berkumpul di bawah satu bumbung "Radio Amatur@Ham Radio" tak kita dari persatuan atau kelab mana pun.. Kalau ada -+5000 orang yang mempunyai AA di Malaysia, kalau datang 20% = 1000 Orang... perhhh.. syoknya... pasti meriah.. banyak aktiviti yang menarik menanti kita di sana nanti...

Dengan bayaran seperti di bawah... saya rasakan amat-amat berbaloi.. ingat senang ke nak kumpulkan rakan-rakan... saya juga mengambil kesempatan ini juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Penganjur yang mengadakan antiviti sebegini, semoga dipermudahakan segala urusan...dan succes...

Pada yang berminat.. daftarlah awal... senang pihak urusetia membuat persediaan..

Pembayaran/Sumbangan:
Radio amatur dan SWL:
- RM30 seorang (pembayaran sebelum 15 Nov 2008)
- RM40 seorang (pembayaran sebelum 30 Nov 2008)
- RM50 seorang (pembayaran selepas 30 Nov 2008)
Ahli Keluarga (7 tahun ke atas):
- RM10 seorang (pembayaran sebelum 15 Nov 2008)
- RM15 seorang (pembayaran selepas 15 Nov 2008)
Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun percuma.

## Saya pergi ke? ikut plan.. memang teringin nak pergi... nak pergi.. nak pergi.. borang cuti dah isi.. dan hantar pun... tunggu kelulusan.. namum.. baru dapat tahu.. ada event juga di sini pada tarikh tersebut... tengah..fikir-fikir.. Tugasan atau bersama-sama rakan di PD.. Orang baru di dalam dunia radio amatur ni.. inilah peluang keemasan bersama-sama rakan.. yang boleh di katakan yang "PALING BESAR" diadakan di Malaysia.. i"allah

"Semoga saya salah seorang nanti di ARRD 08.."

73 - 9w2sbd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan