Khamis, Mei 29

PARTS dengan aktiviti di hujung minggu ini...



Bengkel Membuat antenna akan diadakan pada ahad ini 1hb Jun 2008 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi di Pejabat PARTS. Rakan-rakan yang berminat sila hubungi 9W2ACB Cikgu Azmi.

Keterangan lanjut akan menyusul kemudian...

Al Fatihah.

Al_Fatihah

Warga ham mengucapkan takziah kepada 9W2HBC Saudara Hanip atas kembalinya kerahmatullah ayahda kesayangan beliau pada 28hb Mei 2008. Jenazah akan dikebumikan pada pagi ini.

Semoga beliau serta keluarga tabah menghadapi saat saat berdukacita ini. Juga semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahda beliau.

Al Fatihah.

Selasa, Mei 13

Al_Fatihah

Warga ham mengucapkan takziah kepada 9W2LCD Saudara Musa atas kembalinya kerahmatullah ibunda kesayangan beliau pada hari ini 13hb Mei 2008

Semoga beliau serta keluarga tabah menghadapi saat saat berdukacita ini. Juga semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibunda beliau.

Al Fatihah.

Jumaat, Mei 9

TECHNICAL FORUM “ON AIR” DI REPEATER 9M4RIP

Terima kasih di beri kepercayaan kepada oleh 9W2SLJ Pak Lop Pengerusi PARTS kepada saya untuk mengendali Technical Forum “On Air” di 9M4RIP. Bertindak sebagai Monderator Forum tersebut. Ahli panel terdiri daripada 9M2ZD En Balan, 9M2KM Pak Khalid dan 9M2SB Pak Bahar. Atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan 9M2KM Pak Khalid dan 9M2SB Pak Bahar tidak dapat keudara.

Technical Forum “On Air” sedikit sebanyak memberikan peluang kepada kami bertanya/berkongsi bersama-sama rakan-rakan senior Ham di Perak. Walaupun 9M2ZD En Balan berseorangan menjawab/berkongsi ilmu. Namum cukup bermakna buat saya secara peribadi. Banyak ilmu yang saya dapat dari forum tersebut. Tapi biasalah….bila cakap pasal teknikal… ramai rakan-rakan cuma “monitoring: sahaja. Namun ianya patut diadakan sekejab yang boleh… kerana Radio Amatur bukan sahaja untuk BerQSO sahaja … banyak yang boleh di buat lagi… macam-macam ada..

Saya memetik kata-kata dari 9M2ZD En Balan, dengan hobi Radio Amatur ini.. kita boleh menjadi insan yang lebih bermakna.. untuk bangsa, agama dan negara.



Saya juga mengambil kesempatan ini memohon maaf jika saya tidak dapat mengendalikan Forum dengan berkesan. Saya percaya jika ada kesempatan lagi menjadi monderator.. saya akan memperbaikinya lagi.

73