Isnin, Mac 5

Bermulanya saya mengenali Ham Radio

Pada awalnya, saya tiada mempunyai seorang pun kenalan Ham Radio, saya memamg tidak tahu langsung apa itu Ham Radio

Nak jadi rezeki, saya menerima satu notis bayaran dari MCMC berhubungan dengan itu saya pun melawati web MCMC, dari itu kisahnya bermula.

Saya melayari web, MARTS, MARES, ASTRA, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Ham Radio. Orang Pertama saya hubungi ialah En Hanafi bin Mohamad Ishak,9W2TZ. dari mula perbualan menampakkan keakraban orang-orang Ham. Oleh kerana saya dari Ipoh, saya diperkenalkan kepada Mr Chin,9M2CW.

Mr Chin,9M2CW telah memperkenalkan saya dengan Pak Lop, 9W2SLJ. dari detik itu bermulanya saya megenali Ham Radio. Menghadiri Kelas RAE di D.O.R Rumah Pangsa Jalan Ashby secara PERCUMA selama 7 kali oleh Pak Lop, 9W2SLJ dan anaknya Nabil, 9W2MNR

Pada 29hb Nov 2006 kami menduduki Exam RAE di USM Tanskrian, alhamdulilah kelima-lima kami dari UTP telah Lulus RAE, dan paling menariknya semua "Student" Pak Lop telah lulus... terima kasih Pak Lop,9W2SLJ.

Dan awal Feb 2007, saya telah memiliki AA dengan callsign 9W2SBD.

Saya juga mengambil ksempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada 9W2SLJ, 9W2MNR, 9W2HMI, 9W2TZ, 9M2CW, 9M2NNL, 9W2RBB, 9W2PIZ, 9W2PHE dan rakan2 Ham Radio lain yang telah membantu saya megenali Ham Radio lebih dekat lagi sehingga saya memiliki AA.

Sekian, 73

Tiada ulasan:

Catat Komen