Selasa, Jun 12

RAE 2007-1 - FINAL REVIEW DI UTP

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar bagi kelas yang julung kalinya dianjurkan 0leh PARTS, Vee99 dan dengan kerjasama Jabatan IT & Multimedia UTP

Lebih dari 30 stesen SWAL telah hadir dengan satu tujuan iaitu menimba ilmu beserta megulangkali demi persediaan RAE nanti. Rakan-rakan berlesen juga hadir untuk memberi sokongan serta semangat kepada mereka.

Dengan tenaga pengajar yang berkaliber 9M2AGC (Azlan) pihak kami pasti bakal-bakal HAM yang dilahirkan mampu mempunyai tahap disiplin yang tinggi juga akan disegani diserata pelosok dunia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana sudi mengorbankan masa cuti beliau demi menyaksikan kejayaan yang mendatang.

Sekalung terimakasih juga kepada 9W2SLJ (Pak Lope) atas ilmu-ilmu yang disumbangkan kepada rakan-rakan SWAL sebelum ini. Meskipun agak kurang sihat, demi HAM beliau hadir untuk membantu dalam pengajaran setiap minggu di Jalan Ashby. Jasa-jasa beliau akan tetap kami kenang dan diharap beliau dapat meneruskan usaha-usaha yang murni ini.

73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan