Selasa, Oktober 18

Transmitter hunting  atau dikenali sebagai “ fox hunting” adalah salah satu dari cabang dari aktiviti Radio Amatur.  Allahamdulilah atas inisiatif 9W2SHB ( Abg Saleh ) rakan-rakan lain 9W2SUF, 9W2RIP dan mendapat nasihat dari 9M2SLJ ( Pak Lop ) dan rakan-rakan yang lain, kini kami di lembah kinta 5 ekor musang.

Dan saya rasa bertuah, salah satu musang tersebut milik saya… walaupun saya tidak terlibat secara langsung pembikinan “Fox’ tersebut oleh kerana kebetulan saya agak sibuk untuk persiapan Konvo di UTP.. banyak perbincangan untuk menjadikan “Fox” menjadi kenyataan hanya  melalui Facebook dan email sahaja.

3 Fox telah Berjaya diuji semasa di Taiping minggu lepas.. alhamdulilah…  setelah LULUS ujian pertama di Acara FoX Hunting di Taiping.. mungkin fox ini akan masuk ke Reban Induknya kembali ( Rumah Abg Saleh ) untuk kerja-kerja menaik taraf.. Semoga impian menjadi kenyataan

Saya ambil kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada 9W2SHB ( Abg Saleh ) yang sanggup meluangkan masa untuk menjayakan projek ini. Terima kasih juga pada 9W2SUF dan 9W2RIP.

Gambar-gambar untuk tatapan pengunjung setia blog saya.

Orang Kuat " Fox" Lembah Kinta    9W2SHB ( Abg Saleh ) dan    9W2SUF