Selasa, Ogos 12

V40 Calling Frequency (145.5000MHz)

Dari pengalaman saya yang tidak seberapa dalam dunia radio amatur ini, dan ujian yang telah saya lakukan (10 Kali ), semasa memandu di luar kawasan..hasilnya semuanya negative, mungkin saya salah atau ada orang yang tak tahu nak gunakannya saya tak pasti.

Contoh:-
Semasa memandu di luar kawasan lokalan .. tiba-tiba saya melihat sebuah kereta (jalopy) yang mempunyai antenna radio lalu bertentangan dengan kita.. selalunya kita akan mengangkat tangan tangan salam/hormat.. dan kali ini cuba anda panggil di Frequency 145.5000 (V40 - Calling Frequency) adakah rakan akan respond panggilan anda??

Mungkin rakan tengah berQSO di Frequency lain ( simplex atau repeater )… Mungkin rakan/kita kita tak tahu Frequency (simplex atau repeater) di tempat tersebut..apa salahnya kalau kita QRX seketika dan terus QSY ke Calling Frequency (V40 @ 145.5000) saya rasa itu yang terbaik..

Apa komen anda?? Adakah ianya boleh menjadi amalan kepada standard untuk operator radio amatur di Malaysia…

FIKIR-FIKIRKAN

-9w2sbd-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan