Ahad, Mei 9

SEMOGA ADIK H099 DAH SEHAT..


Kesempatan balik cuti di Kuala Kangsar, saya sempat menawakan diri menjadi sukarelawan untuk membantu dalam program “Kuala Kangsar Double Bridge Run 2010”
Bersama hampir 15 Station yang di ketuai oleh Abang Pian 9W2DKL dan dibantu oleh Saudara Shamsul 9W2SMZ membantu memberi  bantuan komunikasi sepanjang Program tersebut. Rata-rata Rakan memilih untuk untuk mengunakan motosikal, namun saya dengan selambanya memilih KONA kesayangan ku untuk membantu/menjayakan program tersebut.
Nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan balik ke garisan penamat bersama-sama peserta larian,, tiba2 salah seorang peserta rebah di depan saya. . Sya mencampakkan KONA kesayangan ku di tepi jalan lalu memberi Pertolong Cemas… nasib baik saya ada “Basic Pertolongan Cemas”. masa saya aktif Pengakap masa dulu-dulu.
 Setelah dapat menenangkan mangsa tersebut.  Saya telah meminta bantuan Com Centre untuk menghantar Ambulan ke tempat kejadian dengan segera. Begitu pantas Ambulan sampai ke tempat kejadian untuk member rawatan sewajarnya…. Patutlah…. Macam mana Ambulan boleh sampai cepat… ada Rakan Radio diletakkan bersama-sama dalam Ambulan tersebut…. Bagus2…. Patutlah….
Saya nak ambil kesemptan nak ucap terima kasih pada rakan2 yang membantu menjayakan program tersebut…. Semoga usaha murni dan ikhlas anda medapat ganjaran  dari Allah SWT.
Pada adik H099… semoga adik dah OK seperti biasa… 1 pesanan dari pakcik ni…jgn lupa makan… jika terlibat dengan aktiviti2 sebegini..