Isnin, Jun 30

Berbasikal bersama 9W2DFA dari Batu Gajah Perdana ke Ipoh

Kesempatan Berbasikal Bersama-sama 9D2DFA dari Batu gajah Perdana ke Ipoh, sambil berbasikal kami sempat menguji peralatan Radio di basikal masing-masing.


9D2DFA dengan “ Kuda Kepang” yang dilengkapkan dengan Icom V85 dengan antenna VR8 bersama Bracket Nagoya RB-46. Berfungsi dengan baik cuma sedikit rasa sakit hati je di hati saya… hehehe… bracket yang sesuai untuk basikal sata ada 1 je…

“ Kuda Kepang” saya yang dilengkapkan dengan Yeasu FTM-10SR dengan BH-1 Bluetooth Headset juga berjalan dengan lancar. Walaupun PAnya di dalam beg saya, namun terbukti Panel Yeasu FTM-10SR tahan hujan. Agak sedikit kesukaran berQSO dengan Yeasu BH-1 Bluetooth Headset yang diaktifkan dengan VOX… mungkin headset tersebut terlalu besar untuk diselitkan di telinga saya. Yang paling lucunya… bila mendaki bukit yang agak tinggi. VOX saya diaktifkan semasa saya menarik nafas yang agak kuat… penat bebb.. bukit tinggi… 9W2DFA sempat “kutuk” saya… bunyi nafas kepenatan saya telah mengaktifkan VOX tersebut terdengar 5/9 di Icomnya…

Di Ipoh sempat dua tiga pusingan kami tinjau-tinjau barang-barang terpakai di “Memory Line@Lok Kin”. Selepas makan kami di tumpangkan oleh 9W2ZCB “ Kuda Kepang” kami di dalan”Gajah Putihnya” ke Wakaf PARTS. Sempat kami bergotong royong membersihkan kawasan Wakaf PARTS yang baru. Ramai rakan-rakan pada mula-mulanya tidak percaya.. kami berbasikal dari Batu Gajah Perdana.

Dari Wakaf PARTS kami bergerak balik ke Batu Gajah Perdana. Dalam perjalanan menghampiri Menglembu.. HUJAN….. kami terpaksa berhenti seketika kerana hujan yang agak lebat. Setelah hujan reda.. kami meneruskan kayuhan.. sampai di Menglembu.. hujan lebat.. berhenti lagi…. Bila hujan dah “sidang” kami meneruskan kayuhan lagi.. Sampai di Bukit Merah.. hujan mencurah-curah dengan lebat sekali.. kami ambil keputusan berehat sambil makan tengahari di kedai 786.

Selepas makan kami meneruskan kayuhan walaupun hujan renyai-renyai.. bila menghampiri Kawasan Industri Kaca, Hujan semakin lebat.. kami ambil keputusan untuk berhenti seketika. Setelah ½ jam menunggu hujan reda.. kami meneruskan perjalanan walaupun hujan masih lebat. Alhamdulilah berkat doa keluarga dan rakan-rakan, kami selamat akhirnya kami selamat sampai di rumah 9D2DFA.

Walaupun 1st time berkayuh bersama 9D2DFA, walaupun agak sedikit kepenatan.. namun ianya sungguh “BERBALOI” buat kami… semoga lebih ramai yang akan join 'BERKUDA KEPANG" bersama kami dengan aktiviti yang sehat ini..

Isnin, Jun 16

Jejak Tengas di Hulu Licin, Bruas





Mencari Rakan-rakan untuk pergi camping sambil memancing di Hulu Licin, Bruas. Kalau cukup kaki.. mungkin sebelum Bulan Ramadhan yang akan tiba. 1st Time camping kat sana.. mungkin tidak digalakkan membawa XYL dan anak..

Saya tak pandai memancing... tapi kalau suruh masak ikan tengas masak lemak cili padi bolehlahhh... goreng ikan masin... bakar ikan.. masak kacang kelisa@botol dan buluh....... perhhhh.. tak guna cakaplah... 9W2HBC Hanip mungkin kena jadi Pengarah Projek.. yang berminat boleh risik-risik kepada 9W2HBC Hanip atau saya 9W2SBD Sallehan.

Semoga teringin nak makan tengas masak lemak cili padi menjadi kenyataan..