Khamis, Januari 24

SOP Radio Amatur perlu dibaca, dipratikan dan dikongsi


Terjemahan oleh 9W2SSL dari MARTS SOP BM yang boleh dikongsi bersama.

Selasa, Januari 22

Sepetang bersama 9W2SSY Pak Dino di Kuala Kangsar



Sebut aje Pak Dino.. Semua orang Lenggong kenal, Pesara Guru yang begitu aktif dengan aktiviti kemasyrakatan.. Beliau juga adalah kenalan Bapa/Ibu Mentua saya yang juga pesara Guru. Sempat berborak-borang bersama beliau sambil menikmati "Sotong Kangkok" di Chandan Puteri, Kuala Kangsar.

Walaupun kami baru dalam dunia Radio Amatur, namun matlamat kami sama.. untuk mencari kawan. Walapun masa yang sungguh singkat, namun sungguh bermakna buat saya. Terima kasih Pak Dino dan juga 9W2SMZ yang bermurah hati belaje kami makan "Sotong Kangkok" yang sedap tu....

Ahad, Januari 13

RF Signal Strength Analyzer - Linking Repeater

Data collection Signal Strength dari Base Station saya di Taman Maju. Dari Ref -70.0 dBm di Analyzer, tidak dinafikan semuanya signal 5/9, namun bacaan dari Spectrum Analyzer, menunjukkan, Repeater Di Gunung Brincang mempunyai signal Strength yang paling baik dengan bacaan Ref -18.0 dBm, Repeater ASTRA 9WT263 Gunung Brincang, Pahang dan Repeater MARTS 9M4RCH Gunung Brincang. Dengan mengunakkan Handy 5 Watt dengan "Rubber Duck" saya boleh membuka Repeater tersebut dari dalam rumah.


Repeater MARTS Hulu Kali


Repeater MARTS Gunung Brincang


Repeater ASTRA Bukit Larut


Repeater ASTRA Bukit Genting


Repeater ASTRA Gunung Brincang