Selasa, Januari 29

Demam CW melanda Ipoh....

Atas usaha 9W2AFR Farid, kini demam CW telah bermula di Ipoh, walau tiada 9M2 yang turun padang, namum kelas tetap dijalankan, nampak sungguh ketekunan rakan-rakan RA di Ipoh belajar CW. Semoga kelas tersebut dapat melahirkan ramai 9M2 di Ipoh dan kelas tersbut juga sedikit sebanyak memberikan pengalaman baru orang seperti saya ini.


9W2AFR Farid bertindak sebagai guru


Sharing Info dengan rakan-rakan


Bakal Pemegang lesen A di Ipoh


Lepas kelas pergi makan Roti Anaconda di Tepi Sungai...

Khamis, Januari 24

SOP Radio Amatur perlu dibaca, dipratikan dan dikongsi


Terjemahan oleh 9W2SSL dari MARTS SOP BM yang boleh dikongsi bersama.

Selasa, Januari 22

Sepetang bersama 9W2SSY Pak Dino di Kuala Kangsar



Sebut aje Pak Dino.. Semua orang Lenggong kenal, Pesara Guru yang begitu aktif dengan aktiviti kemasyrakatan.. Beliau juga adalah kenalan Bapa/Ibu Mentua saya yang juga pesara Guru. Sempat berborak-borang bersama beliau sambil menikmati "Sotong Kangkok" di Chandan Puteri, Kuala Kangsar.

Walaupun kami baru dalam dunia Radio Amatur, namun matlamat kami sama.. untuk mencari kawan. Walapun masa yang sungguh singkat, namun sungguh bermakna buat saya. Terima kasih Pak Dino dan juga 9W2SMZ yang bermurah hati belaje kami makan "Sotong Kangkok" yang sedap tu....