Isnin, Mac 10

Antenna di Base Station Ku..




Saya tak pasti namanya.. kat Kuala kangsar diorang panggil Antenna ASTRA.. ada yang kata antenna 5/8.. di Ipoh - antenna hasil homebrew 9W2LES Cikgu Ardani... saya rasa cukup mantap dengan kos yang agak rendah dan orang baru Radio Amatur seperti saya ini.

Setelah di Tune balik mengunakan SWR Meter SX1000 dan bantuan alat MFJ-269 SWR HF/VHF ANALYZER percaya tidak percaya bacaan SWRnya menunjukkan ianya boleh digunakan kedua-dua band 2Meter & 2 CM. Tiada masaalah kalau cadang-cadang nak buat Cross-Band. Bacaan SWR, impedance, reactance, resistance, resonant frequency cukup dikagumi. Bacaan Coaxial transmission lines:SWR, length, velocity factor, approximate Q and loss, resonant frequency, and impedance cukup meyakini.

So far.. receive memang baik... selama ini audio rakan-rakan di Parit Buntar memang tidak kedengaran.. kini sekarang saya nak boleh monitor rakan-rakan yang agak jauh dari Base Station Saya. Sedikit malang ianya... bila saya step kepada 12.5 Mhz.. Audio dari tanah Seberang..(Indonesia) jelas saya terima 5/9. masalanya bila Scan Mode...setiasa tersangkut audio dari Tanah Seberang.. Nak simplex dgn rakan-rakan tanag Seberang??? pendamlah hasrat tu... malu je nanti...

Yang Pastinya... antenna yang ke-5 di Base Station saya ini saya boleh bagi Rating 8/10...

Jumaat, Februari 1

Keputusan RAE 2007 - 2

Tahniah kepada yang berjaya, yang gagal jangan putus asa... cuba lagi

Tahniah kepada 2 student UTP yang lulus RAE tersebut,
Tahniah juga kepada Rakan-Rakan saya di Ipoh yang lulus.
Tahniah juga kepada adik ipar saya di Pahang yang juga lulus.

Semak keputusan Keputusan RAE 2007-2

Selasa, Januari 29

Demam CW melanda Ipoh....

Atas usaha 9W2AFR Farid, kini demam CW telah bermula di Ipoh, walau tiada 9M2 yang turun padang, namum kelas tetap dijalankan, nampak sungguh ketekunan rakan-rakan RA di Ipoh belajar CW. Semoga kelas tersebut dapat melahirkan ramai 9M2 di Ipoh dan kelas tersbut juga sedikit sebanyak memberikan pengalaman baru orang seperti saya ini.


9W2AFR Farid bertindak sebagai guru


Sharing Info dengan rakan-rakan


Bakal Pemegang lesen A di Ipoh


Lepas kelas pergi makan Roti Anaconda di Tepi Sungai...