Ahad, Mac 8

Terkejut.. ada orang hantar kepada saya

Terkejut juga tiba-tiba. ada satu lain penghantaran segera parking di depan rumah saya, bertanya ini rumah En Sallehan.. satu bungkusan untuk beliau.. Pelik juga saya... selalu nya kalau penghantaran segera saya akan alamatkan di pejabat je..

Satu kotak.. barangan... apa dia... bertanya-tanya saya.. siapa peengirimnya.. pelik dan ajaib,,, saya memang tak kenal langsung.. Dengan berhati-hati saya membukanya.. perhhh ICOM IC-7000... indaman ku...

ICOM IC-7000

ada 1 surat dalam kotak tersebut.. lalu saya membacanya.. Notanya ringkas penuh maknaHADIAH KEPADA ANDA 9W2SBD.. LAMA SAYA BELI TRANSMITTER INI.. TAK PERNAH GUNA.. GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA.. DARIPADA ¿¿¿¿

rupanya saya bermimpi... tapi mana tahukan? nak jadi rezeki, ada kawan-kawan saya yang dah jadi jutawan yang hadiah kepada saya... semoga ianya menjadi kenyataan satu hari nanti..

Khamis, Mac 5

Sempat QSO dengan 9W2SWL Mizi semasa Check Net DI 9M4RIP

Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mengesan seorang pendaki gunung yang hilang di sekitar kawasan Gunung Yong Yap di Sempadan Perak dan Kelantan.

Sempat QSO dengan 9W2SWL Mizi semasa Check Net DI 9M4RIP yang kini berada disana bersama-sama rakan-rakan beliau untuk meneruskan pencarian pada minggu ke-3. Beliau melaporkan beliau bersama-sama rakan2nya dalam keadaan sehat, dan ketika itu sedang berehat. Seawal pagi akan meneruskan pencariannya.

Saya doakan 9W2SWL Mizi bersama rakan-rakanya serta rakan-rakan Radio Amatur yang sama-sama gerakan mencari dan menyelamat sehat dah tabah dengan dugaan, saya juga doakan mangsa tersebut dijumpai dengan segera dan dalam keadaan sehat.

Rakan-rakan yang meminat untuk membantu Misi tersebut dalam bidang komunikasi sila berhubung dengan :-

Hazali (9W2ZLH) - 012 658 1926
Salleh (9W2STT) - 019 2761499

Keterangan lanjut sila lawat web MARES ini Operasi Mencari dan Menyelamat





9W2SWL Mizi dengan MTB Off-road kesayangan... Mizi.. jom layan trek Off-Road kat UTP pulak...

Isnin, Mac 2

Mesyuarat Agung PARTS Ketiga 2009

Tempat:
Wakaf PARTS (Rumah Pertubuhan),
Kuaters JKR No. 561 dan 562,
Jalan Selibin, Ipoh.

Tarikh:
29hb. Mac, 2009 (Ahad)

Masa:
9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Sila rujuk surat jemputan yang bertarikh 22-Feb-2009 di pautan ini. Notis AGM