Khamis, Mei 26

Cabaran memperbaiki memecahkan rekod

CQ WPX adalah antara Contest terbesar di kalangan Pengamal Radio amatur di dunia, Di anggarkan sebanyak 30,000 orang seluruh dunia akan terlibat secara langsung atau pun tidak terlibat dalam aktiviti Radio Sport ini.

Kali ini CQ WPX CW akan berlangsung pada :-

May 28-29, 2016
0000 UTC Saturday -- 2359 UTC Sunday

Malaysia time : 28/5/2016 Sabtu 8.00 pagi hingga Isnin 30/5/2016 7.59 pagi


Sebagai “Team Budak Kampung” allhamdulilah in sha allah saya akan bersama dengan team 9M2M ( Ara Boys Contest Team ) yang berpengkalan di Bandar DiRaja Arau Perlis menyahut cabaran membawa bendera malaysia sama-sama memeriahan Contest tersebut.

Dengan cuaca yang tidak menentu di Utara Semenanjung Malaysia, ianya akan memberi sedikit tekanan pada kami dalam masa 48 jam non-stop semasa  contest ini.. Saya percaya dengan semangat  “Malaysia Boleh” #WeAsOneFamily kami akan sama-sama meneruskan perjuangan ini… sekurang-kurang dapat memperbaiki memecahkan rekod tahun lepas

Tahun ini Pengurus 9M2M Abg Hairie 9M2GET telah membuat keputusan M/1

Rekord terdahulu,
2015 / Kategory M2 / 2,293,813 Mata 

W/Malaysia #1
Asia #7
Dunia #38

#LawanTetapLawan #WeAsOneFamily #12 Brother's 

#Dokan Untuk Kami 







Rabu, April 1

9W2SBD/P Misi Jelajah 9 Daerah Negeri Perak

Edisi ke-2 9W2SBD/P on Digital Mode (PSK/RTTY) 

3-5hb April 2015 : Hulu Perak :  Royal Belum

Kali ini saya tidak keseorangan, 9W2UTP, 9W2SLX dan 9W2SMK akan bersama-sama saya nanti...



Selasa, Januari 6

Misi Jelajah 9 Daerah Negeri Perak


Tahun 2015...  selain DX 10M SSB.. saya dalam usaha mempromo Digital Mode dan 10M Band kepada kawan-kawan 9W saya... PSK31, RTTY, SSTV dan banyak lagi..saya bercadang untuk pergi jelajah kesemua daerah dalam Negeri Perak dan DX di sana.. QSL card edisi terhad akan dikeluarkan semasa jelajah ini..

  1. Kinta
  2. Larut, Matang dan Selama
  3. Manjung
  4. Hilir Perak
  5. Kerian
  6. Batang Padang
  7. Kuala Kangsar
  8. Perak Tengah
  9. Hulu Perak


So... saya mencari "Host" aka "Tuan Rumah" untuk lokasi seperti diatas... Keje senang... Kenal pasti lokasi yang sesuai untuk DX... dan propose pada saya... saya bercadang pergi "Balik Hari" sahaja... dan masa yang sesuai untuk DX di 10M adalah.. 8.00 - 10.00 pagi dan 5.00-7.00 petang... semua peralatan akan saya sediakan... Hanya perlukan cari tempat dan tarikh yg sesuai... atau kebetulan di kawasan anda ada program... cantik jugak... boleh saya selit-selit.... tapi ikhlas saya cakap... saya tidak berminat untuk DX dari tapak pameran ... minta maaf awal-awal... 

Kepada yang sudi jadi "Host".. ada sedikit buah tangan untuk anda nanti.. In sha allah..

So... far..  lokasi yang dikenal pasti sehingga hari ini.. 

  1. Kinta | SFR Kampar | 19-21 Feb 2015 | * Family Outing
  2. Larut, Matang dan Selama : TBA
  3. Manjung | Lumut | Host KRAM aka 9M2MCB
  4. Hilir Perak |  SeberangPerak | Mei 2015 | Host 9W2DUA
  5. Kerian  | Parit Buntar | Host REAKSI  9W2CSE
  6. Batang Padang : TBA
  7. Kuala Kangsar | Bukit Chandan | 9M2SGN 
  8. Perak Tengah | Pulau Chempaka Sari Parit | : TBA
  9. Hulu Perak | Tasik Temenggor | : TBA

yang minat jadi "Host" boleh email kepada saya.. 9w2sbd[@]gmail.com

## Credit to Penaja/Sponsor/Peminjam Peralatan

Solar Panel by : 9W2SUF
EndFeed Half Wave Antenna by : RMT|SBD
APRS Tracker by :  MyAPRS
2EL 10M Poratble Yagi : 9M2SM
Elecart KX3 by : 9W2MNW
Raspberry pi computer by : 9W2SHB


Terima kasih...