Khamis, Januari 3

2008 Kembali Ceria di 9M4RIP

Pagi ini sungguh ceria, setelah lama tidak kedengaran audio dari warga-warga pendidik. kini di 9M4RIP sungguh ceria mendengar audio dari warga pendidik ke sekolah masing-masing. Sempat saya transmit 1 over mengucapkan selamat bertugas kepada seluruh pendidik hari ini. semoga anda dapat mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Saya juga mengambil kesemapatan ini mendoakan agar 9M2NNL (Pak Nasir) cepat sembuh dan juga ceria seperti saya mengenali beliau.

9M2NNL Pak Nasir

Semoga 2008 ini kita semua mendapat keberkatan, kesejahteraan, dimurahkan rezeki, dan ceria bersama keluarga serta rakan taulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan