Ahad, Julai 6

12 Antenna Double 5/8 telah disiapkan

Tahniah kepada Rakan-Rakan Radio Amatur di sekitar Lembah Kinta dan tidak lupa Rakan-Rakan Manjung yang telah berjaya membuat 12 antenna double 5/8 pada Bengkel Antenna anjuran PARTS pada Sabtu 5hb. Julai, 2008

Terima kasih tidak terhingga kepada 9W2SLJ Pak Lop (President PARTS) dan juga rakan-rakan. 9W2ACB ( Cikgu Azmi ) Sebagai Pengrah Projek telah berjaya menarik ramai peserta kali ini.. Semoga lepas ini lebih banyak aktiviti berbentuk teknikal kepada rakan-rakan Radio Amatur di seluruh Perak khasnya. Dari pandanga saya.. Hobi aktiviti Radio Amatur di Ipoh telah menampakkan perkembangan yang sehat... saya masih lagi teringat satu kata-kata yang saya pegang " Radio Amatur, bukan untuk QSO aje" tetapi banyak benda yang boleh kita buat.. dan "Pandai QSO tidak semestinya kita Bagus".. banyak benda lagi boleh kita buat lagi.. Mungkin lepas nie.. mungkin SSTV atau Packet wokshop akan diadakan.. siapa tahu.. Mungkin 9W2AFR, 9W2AAA dan mungkin 9W2SHB Abang Salleh kita yang diam-diam boleh membuat sesuatu.

Semoga Radio Amatur di Perak terus dan terus berkembang.. tahniah sekali kepada rakan-rakan yang terlibat dalam bengkel antenna tersebut..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan