Rabu, September 10

Lebih suka di panggil "Abang" daripada "Pak"

Tiba-tiba terasa sangat tua bila di panggil "PAK" walaupun baru masuk 40 'an.. dan sesuai ke untuk saya ni dipanggil "PAK"??, jika Isteri saya juga mempunyai minat yang sama... mungkin kena panggil apa?? Kenapa Bukan "OPAH" atau "MAK".. kenapa pula "Kakak".. adil kah? hehehe

Mungkin saya insan kerdil dalam dunia radio amatur ini.. cuba berQSO di Simplex dan Local Repeater sahaja.. memang perkataan "Abang" menjadi Kata ganti nama yang kami gunakan di Lembah Kinta...Sudah 51 tahun Merdeka ini, elok kita berbangga dengan Bahasa Kita Sendiri.. kenapa masih terikut dengan rakan-rakan seberang.. ( Contohnya.. "Tercopot-copot"....kenapa kita tidak gunakan "Terputus-putus"

"FIKIR-FIKIRKAN"

2 ulasan:

  1. Hello,
    Abang Salehan dan member-member yang membaca blog ini.
    Erm, Nabil setuju dengan ulasan yang abang tulis kali ini. Rasanya kita perlu terapkan pengunaan bahasa kita sendiri dalam simpleks atau repeater. Itu lebih baik berbanding dengan mengunakan atau meniru bahasa atau perkataan dari negara lain, contoh 'lokalan' dll
    Ini pendapat peribadi dari Nabil sendiri. 73.
    Kalau comment Nabil ini kurang menyenangkan minta Abang Salehan 'delete' comment ini.
    73, 9W2MNR

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum rakan-rakan
    Saya amat bersetuju dengan Salehan dan Nabil. Perkara ini telah lama saya perhatikan. Itulah sebabnya saya sentiasa memperkenalkan diri dengan nama 'cikgu'. Bukan untuk berbangga (tak ada apanak dibanggakan dengan gelaran cikgu pada zaman sekarang ni) Tapi untuk mengelakkan diri dipanggil Pak. Tapi Mujurlah seperti kata Salehan kita di RIP ni tidak begitu terikut-ikut seperti orang buta dipimpin. Kita mesti ada jatidiri sendiri.Penggunaan bahasa yang tepat amat penting dalam kehidupan kita. Malang sekali di samping mengabaikan tatabahasa, nampaknya ada kecenderungan rakan ham mengabaikan aspek kosa kata, leksikografi dan semantik. Penggunaan "Pak" untuk orang yang bezanya sepuluh tahun dengan kita dalam budaya Melayu (Malaysia) amat tidak tepat. Malah, kalau kita pasti rakan kita sebaya atau lebih muda mengapakah perlu kita menggunakan kata ganti abang. Melainkan dalam keadaan kita baru mengenali sesaorang. Kata ganti yang paling tepat ialah saudara. Banyak lagi contoh laras bahasa rakan ham yang saya rasa sakit telinga mendengarnya. Tapi kita diamkan sahaja. Harapan saya janganlah kita terlalu mudah terikut-ikut tanpa cuba mempertahankan jatidiri, nilai dan budaya kita.
    Yang kurik itu kendi,
    yang merah itu saga,
    yang cantik itu budi,
    yang indah itu bahasa.

    73 9w2acb CIKGU AZMI

    BalasPadam