Selasa, Disember 16

SEMPAT JUGA LARI KE ARRD

Bulan Disember yang selalunya kurang aktiviti di universiti, dikejutkan dengan berbagai aktiviti di universiti. Memang pada dasarnya 50/50 untuk pergi ke ARRD. Seminar Kaunselor Pelajar Kaunseling ( 11 hingga 13hb Disember 2008), Teater Kerusi di Taman Budaya Ipoh ( 13&14hb Disember 2008 shownya.. tapi reheaselnya 10 hingga 12hb Disember 2008) dan EDUCAMP ( 14 hingga 16hb Disember 2008).

Dengan bantuan 9W2DTL ( Cikgu Faizul ) saya menaiki keratapi dengan tiket berharga RM1.00 dari Ipoh ke Sg Buluh. Sampai sana 9W2SJG (Cikgo Joe) yang juga biras saya sedia menunggu saya di hentian keretapi di Sg Buluh.. Balik rumah kak ipar di Sg Buluh jam 2.00 pagi selepas singgah makan... saya sempat charge handy, dan yang penting bateri untuk video camera saya.

9.30 bergerak balik PD.. dengan bantuan GPS.. kami selamat sampai dilokasi ARRD di banglo 9M2PD jam 12.00 tgh... keluar kejab makan nasi ayam.. Masuk balik dilokasi ARRD..


Special Callsign 9M1P untuk ARRD
Sebahagian video clip yang sempat di upload.. ada 1 lagi menyusul..

13.15 kemeriahan ARRD sudah mula terasa... ramai sudah sampai..nak daftar atau tidak? Dalam fikiran saya... daftar atau tidak... daftar atau tidak... daftar atau tidak.. 15.30 saya ambil keputusan untuk tidak mendaftar, kerana kami ada satu lagi program di Seremban.. yang ini kena pergi juga.. saudara/mara dah tahu kami di sini... Lepas kenduri di Seremban.. kami membuat keputusan balik ke lokasi ARRD... ingin melihat apa yang ada lagi... 22.30 sampai ke lokasi ARRD.. cabutan hadiah masih berjalan sambil peserta-peserta ARRD eyeball...

6.30 Pagi ambil Bas Balik ipoh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan