Khamis, Julai 24

Video kerja-kerja Pembaikan Repeater 9M4RCP

Saya tak pasti video ini boleh "Run" atau tidak... saya cuba2 upload dalam Youtube.. Kalau boleh "Run"... memang rezeki rakan-rakan nak tengok kerja-kerja Pembaikan Repeater PERAMAH dan ASTRA di Gunung Brincang. Saya belajor edit-edit video.. hehehee

Yang pastinya ini pengalaman saya bersama-sama 9M2NNL, 9W2ZKE, 9W2MNJ Sungguh berbaloi.. Video Khas untuk 9W2IBH Pak Deris Kg Gajah.. dan Radio Amatur amnya di Malaysia

Minta maaf jika video ini menganggu jiwa anda..



yang ikhlas - 9w2sbd-

Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat PETRONAS

Selamat datang peserta-peserta dari Zon pantai Timur, Zon Pantai Barat, Zon Sarawak, Zon Sabah & Labuan dan Zon Menara Berkembar (KLCC) ke UTP sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat PETRONAS pada 28hb hingga 29hb Julai 2008

Selasa, Julai 8

PARTS Amateur Radio Treasure Hunt : Kehangatan telah terasa..



Semalam kesempatan 9W2AFR bertandang ke Rumah... sempat saya korek-korek@tips/klu-klu untuk PARTS Amateur Radio Treasure Hunt.. FariQ@9W2AFR@PirateMaster cuma gelak kecil .. hehehe ... Saya membayangkan betapa bestnya program ini... Saya i'Allah akan join program ini...

## Bukan soalan sebenar... Apa Barang yang dia nak ye..??? dengan klu di bawah... mungkin rakan-rakan dapat menjawab soalan tersebut...

Limau ditanam Pahlawan Melaka
Teh melata di dalam sarang
Pembayang maksud sama belaka
10 markah diberi untuk barang

Tarikh tutup penyertaan adalah 21 Julai 2008... jangan anda terlepas....
Untuk keterangan lanjut.. sila ke > Link

Ahad, Julai 6

12 Antenna Double 5/8 telah disiapkan

Tahniah kepada Rakan-Rakan Radio Amatur di sekitar Lembah Kinta dan tidak lupa Rakan-Rakan Manjung yang telah berjaya membuat 12 antenna double 5/8 pada Bengkel Antenna anjuran PARTS pada Sabtu 5hb. Julai, 2008

Terima kasih tidak terhingga kepada 9W2SLJ Pak Lop (President PARTS) dan juga rakan-rakan. 9W2ACB ( Cikgu Azmi ) Sebagai Pengrah Projek telah berjaya menarik ramai peserta kali ini.. Semoga lepas ini lebih banyak aktiviti berbentuk teknikal kepada rakan-rakan Radio Amatur di seluruh Perak khasnya. Dari pandanga saya.. Hobi aktiviti Radio Amatur di Ipoh telah menampakkan perkembangan yang sehat... saya masih lagi teringat satu kata-kata yang saya pegang " Radio Amatur, bukan untuk QSO aje" tetapi banyak benda yang boleh kita buat.. dan "Pandai QSO tidak semestinya kita Bagus".. banyak benda lagi boleh kita buat lagi.. Mungkin lepas nie.. mungkin SSTV atau Packet wokshop akan diadakan.. siapa tahu.. Mungkin 9W2AFR, 9W2AAA dan mungkin 9W2SHB Abang Salleh kita yang diam-diam boleh membuat sesuatu.

Semoga Radio Amatur di Perak terus dan terus berkembang.. tahniah sekali kepada rakan-rakan yang terlibat dalam bengkel antenna tersebut..

Rabu, Julai 2

Bengkel membina Antenna Kembali Lagi


Oleh kerana terlalu banyak permintaan dari rakan-rakan HAM yang tidak dapat menyertai bengkel antenna yang lepas maka bengkel membina antenna ini akan kembali lagi pada Sabtu 5hb. Julai, 2008 bertempat di:

Pejabat Berdaftar PARTS,
No.6 Persiaran Perindustrian Pengkalan,
Kawasan Perindustrian Pengkalan,
31500 Lahat Ipoh.

Masa : Jam 9.00 hingga 5.00 petang.

Semua rakan-rakan HAM adalah dijemput hadir, sila bubungi Cikgu Azmi B. Rahman untuk pengesahan dan penyediaan bahan-bahan keperluan untuk pembinaan. Anda boleh menghubungi Cikgu Azmi 9W2ACB melalui repeater 9M4RIP atau di talian 019-4441944 atau melalui e-mail cikguazmi@gmail.com

:: sumber :: www.parts.org.my

Selasa, Julai 1

PARTS Amateur Radio Treasure Hunt




Tarikh : 03 Ogos 2008
Masa : 0830 hrs
Lokasi : Bandaraya Ipoh




"JOM KITA RAMAI-RAMAI JOIN"

Keterangan lanjut sila hubungi
FariQ @ 9W2AFR @ PirateMaster
H/P : +6019 611 7686
Repeater : 9M4RIP @ 146.940MHz |-0.600Mhz | 203.5Hz
Web :http://www.parts.org.my/treasure-hunt/