Isnin, Januari 5

1 Mac 2009 : V17 ARDF 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Komuniti wilayah V17 dengan bangga menjemput semua warga radio amatur dan peminat radio komunikasi di Malaysia menyertai pertandingan Amateur Radio Directional Fox Hunting (ARDF) anjuran Komuniti Wilayah V17 bersama Pusat Kokurikulum WP Kuala Lumpur.

Acara ini julung kali diadakakan terbuka buat semua komuniti radioamatur samada Marts, Astra, Mares, Parts, Pradas, SCS, Jasra, AKRB,Paras, Komuniti Radio Amatur dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor,Melaka mahupun komuniti-komuniti kecil seperti V33, Vee99 dan komuniti bukan radio amatur tetapi berminat dengan teknik membangunkan perkakasan radio mencari isyarat disamping beriadah dalam hobi ini.

Acara ini akan diadakan pada 1 Mac 2009 ini.

Lokasi - Kuala lumpur ,lebih detail akan dimaklumkan melalui laman web rasmi V17.

Nah.. tunggu apa lagi, bangunkan antena fox hunt anda.. charge kembali handie talkie anda yang dah berhabuk dan bersedialah memenangi hadiah menarik pada 1 Mac ini!! Inilah masanya anda menunjukkan kejantanan tuan-tuan. Jumpa di sana!!

Penyertaan dan pertanyaan lanjut bolehlah email kepada wilayahv17@gmail.com

Maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa. Tunggu!!

sumber ARDF 2009 V17

1 ulasan:

  1. Tarikh telah dianjakkan ke 8 MAC 2009 atas permintaan ramai. Begitu dimaklumkan Bang Solihan.

    BalasPadam