Selasa, Oktober 30

600KM yg berbaloi


Syukur alhamdulilah dan saya rasa bertuah dapat bersama 9M2SM untuk CQ World Wide DX Contest 2012... itu pun setelah 6 tahun memiliki callsign 9W2SBD.  Dengan 1062 QSO's.  dengan kutipan point lebih separuh juta

Pada saya ianya sungguh banyak.... namun pada Stesen Master 9M2SM... ianya kurang memberangsangkan.... apa pun saya sangat-sangat rasa bertuah kerana di pilih menjadi Crew 9M2SM. Banyak saya belajar selama 48jam Contest tersebut... kadang-kadang sambil terlena di kerusi... tapi ianya ada pengalaman yang sangat-sangat berharga buat saya... tidak sia-sia saya travel sejauh 600KM pergi balik Seri Iskandar > Arau > Seri Iskandar untuk mencari pengalaman yang sungguh bermakna.

Terima Kasih Abg Hairie 9M2GET & Kak Oja 9M2OUT  layaan yang cukup istimewa sepanjang kami di Arau.. Terima kasih juga kepada "My Buddy" Own 9W2SBL... Bro telah mejalankan tugas dengan begitu baik sekali.... terima kasih Bro....

Tidak lupa kepada Pak Long Marzuki 9M2MZ dan Cikgu Aziz 9W2AZE yang sudi melawat kami dan  memberi sokongan moral untuk kami...

Kepada Adam.. huhuhu... Adam memang budak yang baik... Uncle akan sentiasa rindukan Adam... nanti jumpa.. kita gaduh-gaduh lagi...




Berdiri dari Kiri 9W2SBD, 9M2GET, 9W2SBL, 9M2MZ dan 9W2AZE
Duduk 9M2OUT