Isnin, Mac 25

67 DXCC

Allhamdulilah... 67 DXCC setakat ini... ianya datang darinya 

UK/UA1ZEY Uzbekistan

9W2SBD/qrp

6 Continents
20 Cq Zones
27 ITU Zones
67 DXCC
Max QRB : 19, 693 KM
update : 25/3/2012





Selasa, Mac 19

DXCC ke 66



Ianya datang dari 6V7S Senegal

6 Continents
20 CQ Zones
26 ITU Zanos
66 DXCC
Max QRB 19, 693
Update 19/3/2013

Sabtu, Mac 16

Field Day bersama 9M4CAP & 9M4CPO


Program Pengenalan Radio Amatur kepada warga IPT Negeri Perak, di Teluk Senangin, Segari Lumut.Seramai 50 terlibat dalam program tersebut, terdiri daripada Mahasiswa Politeknik Ungku Omar Mahasiswa Univeristi Teknologi PETRONAS dan ahli-ahli  Persatuan Pemancar Radio Amatur Negeri Perak (PARTS)



Jumaat, Mac 15

Tunggu




Dua gambar ini ada hubung kait antara satu sama lain.. berdebar-debar menunggu apakah award yg akan diterima..allhamdulillah... saya tetap bersyukur...

Rabu, Mac 13

Tanggongjawab Radio Amatur Mempertahankan Malaysia

Seperti sedia maklum, Crew 9M4SLL  Borneo Amateur Radio Club sedang mengadakan di DXpedition  Pulau Layang- Layang Malaysia pada 10 to 18 March 2013



Tapi sayangnya... Crew 9M4SLL di ganggu oleh Audio "Lagu Kebangsaan China and Oppa Gangnam Style" yang dipercayai datang dari stesen- stesen Tembok Besar China.... kerana pertindihan Pulau Spratly Oleh China., Filipina dan 


SEDIKIT INFO SPRATLY

Letak: Laut China Selatan 
Koordinat: 4° LU - 11°30' LU dan 109°30' BT - 117°50' BT. 
Luas lautan: 244.700 km persegi 
Luas daratan: 3 km persegi 
Jumlah pulau: 230 


Spratly yang hanya 3 km persegi itu, mempunyai potensi sumber alam yang terkandung di kawasan seluas hampir 2 kali pulau Jawa itu. Di bawah permukaan laut kepulauan tersebut memiliki kandungan gas dan minyak bumi yang sangat besar, selain itu juga strategik untuk pos pertahanan tentera. Pulau ni amat besar keuntungannya pada negara yang memilikinya.

Simpanan Minyak di Kepulauan Spratly adalah sebanyak 17.7 billion tan merupakan simpanan minyak keempat terbesar didunia.


NEGARA2 YANG MENUNTUT PULAU SPRATLY

CHINA
TAIWAN
VIETNAM
MALAYSIA 
FILIPINA


Sebagai pemegang callsign radio amatur Malaysia , Apa peranan kita sebagai Rakyat Malaysia, mempertahanankan  Pulau ini indah ini... dengan cara kita...

Pada pendapat saya,


  • Kita kena banyakkan DXpedition  di pulau tersebut, semua Persatuan/kelab di Malaysia perlu menghantar Team sebanyak mungkin kesana..
  • SKMM perlu membanyak mengeluarkan 'Callsign" untuk pulau hak milik Malaysia
  • Pihak berkuasa perlu membantu dan Mempermudahkan urusan kesana..
  • Lebih banyak callsign dikeluarkan di pulau ini... lebih banyak bukti kita kumpulkan...


Kita pemegang lesen radio Amatur boleh berperanan mempertahana kedaultan Malaysia.. dan tibalah masa kita sama-sama berganding bahu mempertahanan dengan kita dengan 'Callsign' Malaysia.. sekurang-kurang ianya sebagai bukti "Pulau tersebut Milik Kita, Pulau Ini Milik Malaysia"


Ayuh... kita mempertahanan Kedaulatan Malaysia dengan cara kita... 

Jumaat, Mac 8

Sungguh Bertuah


Hari bertuah saya dengan QRP.. walaupun hanya QRP station, hasil CQ di 28.488.. saya dapat 12 stesen.. alhamdulilah... 1 lagi pengalaman yang cukup indah buat saya... dah hasilnya tersenarai Callsign saya di Current Hot Callsigns @ QRZ  Bersama my CIFU Abg Hairie aka 9M2GET


Dulu mula-mula dengan QRP.. saya tidak percaya.. sekarang saya bertambah yakin dan terus yakin... 

My Setup saya Semalam
Radio : FT817ND ( max 5 watt )
Antenna : 3EL Yagi Mono Band
Ketinggian Antenna : 18 kaki
Microphone : Shure SM28 dengan Behringer: TUBE ULTRAGAIN MIC200 dan Interface SBD Ibox with Foot Pedal PTT


IZ4NPE
IZ1JLT
PA0DOM
DJ1SD
YO8NR
G4GYK
US0NJ
PD5SS
YT6M
S57S
S51CK

Rabu, Mac 6

Tersenarai Jugak

Alhamdulilah..  tersenarai dalam Current Hot Callsigns @ QRZ. walaupun sebagai staten QRP... ianya pembakar semangat untuk saya terus CQ dah CQ.. walaupun saya hanya stesen QRP