Tapi sayangnya... Crew 9M4SLL di ganggu oleh Audio "Lagu Kebangsaan China and Oppa Gangnam Style" yang dipercayai datang dari stesen- stesen Tembok Besar China.... kerana pertindihan Pulau Spratly Oleh China., Filipina dan
SEDIKIT INFO SPRATLY
Letak: Laut China Selatan
Koordinat: 4° LU - 11°30' LU dan 109°30' BT - 117°50' BT.
Luas lautan: 244.700 km persegi
Luas daratan: 3 km persegi
Jumlah pulau: 230
Spratly yang hanya 3 km persegi itu, mempunyai potensi sumber alam yang terkandung di kawasan seluas hampir 2 kali pulau Jawa itu. Di bawah permukaan laut kepulauan tersebut memiliki kandungan gas dan minyak bumi yang sangat besar, selain itu juga strategik untuk pos pertahanan tentera. Pulau ni amat besar keuntungannya pada negara yang memilikinya.
Simpanan Minyak di Kepulauan Spratly adalah sebanyak 17.7 billion tan merupakan simpanan minyak keempat terbesar didunia.
NEGARA2 YANG MENUNTUT PULAU SPRATLY
CHINA
TAIWAN
VIETNAM
MALAYSIA
FILIPINA
Sebagai pemegang callsign radio amatur Malaysia , Apa peranan kita sebagai Rakyat Malaysia, mempertahanankan Pulau ini indah ini... dengan cara kita...
Pada pendapat saya,
- Kita kena banyakkan DXpedition di pulau tersebut, semua Persatuan/kelab di Malaysia perlu menghantar Team sebanyak mungkin kesana..
- SKMM perlu membanyak mengeluarkan 'Callsign" untuk pulau hak milik Malaysia
- Pihak berkuasa perlu membantu dan Mempermudahkan urusan kesana..
- Lebih banyak callsign dikeluarkan di pulau ini... lebih banyak bukti kita kumpulkan...
Kita pemegang lesen radio Amatur boleh berperanan mempertahana kedaultan Malaysia.. dan tibalah masa kita sama-sama berganding bahu mempertahanan dengan kita dengan 'Callsign' Malaysia.. sekurang-kurang ianya sebagai bukti "Pulau tersebut Milik Kita, Pulau Ini Milik Malaysia"
Ayuh... kita mempertahanan Kedaulatan Malaysia dengan cara kita...