Jumaat, Januari 4

RF Signal Strength Analyzer

Just nak Share Data collection signal Strength dari Repeater dari Base Station saya di Taman Maju, dari spectrum and bar graph displays yang perolehi dari alat tersebut, Repeater PARTS Bukit Kledang Ipoh yang paling baik dan tinggi dB yang saya terima. Mungkin repeater tersebut paling hampir dari base station saya kot.


Repeater ASTRA - Gunung Brincang


Repeater ASTRA Bukit Kledang Ipoh


Repeater ASTRA Bukit Larut


Repeater PARTS Bukit Kledang Ipoh

Lepas ni boleh collect data dari Simplex 144.990... ramai kawan2 mempunyai antenna yang power2... 'JUST MENCUBA" alat baru... mungkin ada kesempatan jadi Net Controller.. mungkin boleh bagi RTS Report , dB dan Graph penerimaan simplex dari base station saya..

Khamis, Januari 3

2008 Kembali Ceria di 9M4RIP

Pagi ini sungguh ceria, setelah lama tidak kedengaran audio dari warga-warga pendidik. kini di 9M4RIP sungguh ceria mendengar audio dari warga pendidik ke sekolah masing-masing. Sempat saya transmit 1 over mengucapkan selamat bertugas kepada seluruh pendidik hari ini. semoga anda dapat mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Saya juga mengambil kesemapatan ini mendoakan agar 9M2NNL (Pak Nasir) cepat sembuh dan juga ceria seperti saya mengenali beliau.

9M2NNL Pak Nasir

Semoga 2008 ini kita semua mendapat keberkatan, kesejahteraan, dimurahkan rezeki, dan ceria bersama keluarga serta rakan taulan.

Rabu, Disember 26

Selamat Datang 2008

Selamat menyambut tahun 2008, semoga 2008 ini akan lebih bermakna, dilimpahkan keberkatan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan gembira bersana keluarga serta rakan taulan . semoga 2008 juga akan menjadikan semua Operator Amatur Radio di Malaysia lebih bersikap Professioanl.

Operator Amatur Radio di Malaysia boleh pergi jauh.. bukan saya QSO.. moga-moga 2008 akan dapat memperbanyakkan aktiviti yang berbentuk Teknikal, penemuan baru Antenna untuk kesuaian mukabumi di Malaysia. Melahirkan lebih ramai lagi yang aktif/bergiat cergas dalam Amateur TV (ATV) Slow Scan TV (SSTV), Digi Repeater , dan BerQSO dengan Angkawan di ISS walaupun Angkasawan kita 9W2MUS kini di tanah air.


dan banyak lagi...