Tiba-tiba terasa sangat tua bila di panggil "PAK" walaupun baru masuk 40 'an.. dan sesuai ke untuk saya ni dipanggil "PAK"??, jika Isteri saya juga mempunyai minat yang sama... mungkin kena panggil apa?? Kenapa Bukan "OPAH" atau "MAK".. kenapa pula "Kakak".. adil kah? hehehe
Mungkin saya insan kerdil dalam dunia radio amatur ini.. cuba berQSO di Simplex dan Local Repeater sahaja.. memang perkataan "Abang" menjadi Kata ganti nama yang kami gunakan di Lembah Kinta...Sudah 51 tahun Merdeka ini, elok kita berbangga dengan Bahasa Kita Sendiri.. kenapa masih terikut dengan rakan-rakan seberang.. ( Contohnya.. "Tercopot-copot"....kenapa kita tidak gunakan "Terputus-putus"
"FIKIR-FIKIRKAN"
Rabu, September 10
Sabtu, September 6
Dah hampir 20 tahun.. ianya masih menjadi tradisi..
Setiap kali Ramahdan... menjadi tradisi kami adik beradik bergilir-gilir membantu membantu Kakak Saya di Pasar Ramadhan Stadium Perak menjual Ayam Percik Resipi Keluarga sejak 20 tahun.. Setiap cuti Sabtu/Ahad akan melapor diri di sana untuk tugas-tugas membakar Ayam... rakan-rakan nak try rasa ayam percik... jangan lupa singgah ke gerai kami (Wak Ayam Percik)
Khamis, Ogos 28
Al-Fatihah
9M2DS Abdullah bin Abdul Samat telah kembali keramatullah pada -+7.00 malam 28/08/2008 di Hospital Kuala Lumpur. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman.
Kali pertama dan kali terakhir saya QSO dengan Allahyarham ialah semasa allahyarham mengendalikan "Special Net" 100 tahun Pengakap di MARTS-Motorola national linked 22hb Ogos 2008 dari Tapak Pameran Radio Amatur di Pesta Konvo UTP.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman...amin..

Langgan:
Catatan (Atom)