Jumaat, September 12

Jelajah Repeater... Jika sudi join sekali..

PROGRAM INI KENA TANGGUH.. SAYA KENA KERJA MALAM NIE.. MINTA MAAF RAKAN2...

Atas permintaan ramai.. Saya menjemput Rakan-Rakan Lembah Kinta, Kuala Kangsar, Manjung, Teluk Intan dan Sg Besar, Selangor yang baru dapat AA (Khasnya) baru-baru ini untuk bersama-sama saya jelajah ke repeater yang berhampiran dengan OTH saya dengan antenna terkini di base station saya. Sekurang-kurangnya rakan-rakan juga mencuba ujian Antenna masing-masing..

Tarikh : 16hb Sept 2008
Masa : 10.15 mlm

Semasa jelajah tersebut, saya akan mengunakan FTM10-SR (Min 0.5 watt / Max 10watt) bersama Antenna #Projek HDR458-2M ver 1.03B



Mungkin rakan yang paling banyak dapat memancar di repeater seperti di atas.. mungkin boleh dapat hadiah kot... tapi buka dari saya...tapi sponsor.. dari AF Ustaz Najdi... OK kot ustaz???

Rabu, September 10

Lebih suka di panggil "Abang" daripada "Pak"

Tiba-tiba terasa sangat tua bila di panggil "PAK" walaupun baru masuk 40 'an.. dan sesuai ke untuk saya ni dipanggil "PAK"??, jika Isteri saya juga mempunyai minat yang sama... mungkin kena panggil apa?? Kenapa Bukan "OPAH" atau "MAK".. kenapa pula "Kakak".. adil kah? hehehe

Mungkin saya insan kerdil dalam dunia radio amatur ini.. cuba berQSO di Simplex dan Local Repeater sahaja.. memang perkataan "Abang" menjadi Kata ganti nama yang kami gunakan di Lembah Kinta...Sudah 51 tahun Merdeka ini, elok kita berbangga dengan Bahasa Kita Sendiri.. kenapa masih terikut dengan rakan-rakan seberang.. ( Contohnya.. "Tercopot-copot"....kenapa kita tidak gunakan "Terputus-putus"

"FIKIR-FIKIRKAN"

Sabtu, September 6

Dah hampir 20 tahun.. ianya masih menjadi tradisi..

Setiap kali Ramahdan... menjadi tradisi kami adik beradik bergilir-gilir membantu membantu Kakak Saya di Pasar Ramadhan Stadium Perak menjual Ayam Percik Resipi Keluarga sejak 20 tahun.. Setiap cuti Sabtu/Ahad akan melapor diri di sana untuk tugas-tugas membakar Ayam... rakan-rakan nak try rasa ayam percik... jangan lupa singgah ke gerai kami (Wak Ayam Percik)