Isnin, Oktober 20

Cross Culture Exchange Program 2008 :: Part 01 ::

Cross Culture Exchange Program 2008 di Yogyakarta 15hb Hingga 19hb Okt 2008 antara UTP Malaysia, UGM Indonesia & Eberlin Shansi USA. kesempatan waktu yang agak terbatas saya sempat berjabat tangan dengan YD2WFB Darmawan Budi Nugroho di rumahnya.. Walaupun tidak pernah berjumpa, namum keakraban amat terasa... terasa sudah lama kami mengenali satu sama lain. Saya tidak sempat untuk merakamkan gambar antenna di rumah beliau, namum saya sungguh merasa bertuah sekali.. Dan sempat juga saya membeli sedikit buah tangan untuk di bawah pulang di Malaysia..

Dari Kiri, YD2WFB, 9W2SBD, YD2VEI, YD2VIG


Setup di base YD2WFB Darmawan Budi Nugroho

Saya juga merasa bangga kerana buat pertama kalinya saya operator radio amatur menerima QSL card. Walaupun QSO dengan 2M di Simplex 145.320 MHZ, ianya sungguh bertuah, Saya juga berkesempatan beramah mesra dengan rakan-rakan radio di kawasan Kaliurang dan berjumpa dengan orang yang menghasilkan Balun Vigain -YD2VIG Bapak Bambang dan YD2VEI Pak Yuli


Antara barang yang di bawa pulang


QSL pertama yang diterima

Terima kasih Pak Mawan serta keluarga atas layanannya semoga allah membalas jasa baik kalian.. amin..

Isnin, Oktober 13

Semoga Dapat berjumpa Rakan-Rakan Radio Amatur di Yogyakarta

16hb hingga 20hb Okt akan membuat tugasan di luar negara bersama Kumpulan Gamelan UTP yang akan membuat Show di Yogyakarta. Semoga saya dapat berjabat tangan dengan rakan-rakan radio amatur disana.. dan juga YD2WFB Darmawan Budi Nugroho.. harap2 dapat membawa balik barang-barang radio sebagai tanda kenang-kenangan..

Dari email yang saya terima, keakraban hobi radio amatur ini amat terserlah.. tidak kira agama, bangsa dan negara..


YD2WFB Darmawan Budi Nugroho

Dari Rumah > Parit > Tg Belanje > Layang2 > Bota Rumah


Berlepas dari Base Station Saya


Bergambar di Simpang PARIT + SERI ISKANDAR

9W2LPP Abg Azhar, 9M2NNL Pak Nasir , 9W2NDB bg salkhairulizam, 9W2DFA Ustaz Najdi , 9W2RKM Abg Rakimi , 9W2CKH Che Din , SWAL cikgu zahudi & Saya 9W2SBD Sallehan

Komen Pasal Kayuhan

## Gambar ihsan 9W2RKM