Rabu, Ogos 15

Pameran Radio Amator di Tapak Pesta Konvo Ke-7 UTP

Kelab Media Dan Teknologi Universiti Teknologi PETRONAS (MEDTECH) dengan kerjasama Perak Amateur Radio Transmitters' Society (PARTS) akan mengadakan pameran tersebut pada :-

Tarikh : 24hb Ogos hingga 27hb Ogos 2007
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam*
Tempat : Tapak Pesta Konvo Ke-7, UTP



Semua Rakan-rakan Ham serta keluarga dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada pameran tersebut.

Khamis, Ogos 9

Net Controller

Tak tahu kenapa, dan mengapa, di beri penghormatan oleh rakan-rakan untuk menjadi Net Controller di 1449.990 di Simplex Channel VEE99 Check Net Ruang Udara Negeri Perak pada 6hb Julai 2007

Nak jadi kebetulan pada hari tersebut, antenna J Pole Home Brew kesayangan saya terkulai jatuh kebumi. Masa terpaksa dinaikkan antenna sementara antenna Slim Jim saya baru saya beli. Antenna Slim Jim yang pada mulanya untuk kegunaan semasa Pesta Konvo Ke-7 yang akan diadakan pada 24hb hingga 27hb Ogos 2007.

Alhamdulilah, seramai 18 Stesen yang sempat Check Net malam tersebut. Ramai juga ingin cuba Check.. tapi apakan daya.. audio saya kurang memuaskan seperti sebelumnya mengunakan antenna J Pole Home Brew kesayangan saya.

Terima kasih kepada rakan yang dapat saya copy audionya… yang tidak dapat copy audionya… minta maaf dari PTT hingga ke hujung antenna. Mungkin setup saya kurang memuaskan..

Lepas itu OK lah… tiba-tiba plak.. pada 7hb Julai 2007 kena tangkap jadi Net Controller bidang terjun di Repeater ASTRA Local Brincang. Alhamdulilah, seramai 18 Stesen juga yang sempat Check Net malam tersebut.

Dan akhir sekali, terima kasih yang berkesudian Check Net di 1449.990 di Simplex Channel VEE99 Check Net Ruang Udara Negeri Perak Dan Repeater ASTRA Local Brincang.

** gambar semasa mengendalikan net akan di”upload” kemudian..

Rabu, Ogos 8

5/08/2007 Sambutan ASTRA 10 Tahun

Sempena sambutan ASTRA 10 Tahun, sempat juga ke Rumah 9M2RR, Presiden ASRTA. Walaupun agak lewat sampai 11.00malam, sempat juga saya bersama 9W2ZZR, 9W2DRA dan SWAL SFN ( Anak Saya::Safina) berjumpa dan berkenalan dengan Rakan2 Ham seluruh Malaysia yang datang ke sambutan ASTRA 10 Tahun. Dan sampai balik di Base Station jam 4.00 pagi.

Pukul 10.00 bersama SWAL SFN ( Anak Saya::Safina) ke Kg Gajah untuk menyambut ketibaan Kembara Basikal mengelilingi Semenajung Malaysia oleh 9W2AMK bersama seorang lagi Pesara Guru… (minta maaf terlupa plak namanya..)




Terasa HEBATnya rakan2 Ham di Kg Gajah... Dengan Bendera Jalu Gemilang, Bendera Perak & Bendera ASTRA di Kereta Pengiring menanti di Bota Kanan... HEBAT.. HEBAT.. HEBAT... persediaan di lakukan oleh rakan2 Ham di Kg Gajah. terpanggil SWAL SFN ( Anak Saya::Safina::6 tahun) menyanyi lagu2 jalur gemilang semasa Konvoi dari Kg Gajah ke Bota Kanan yang diketuai oleh 9M2NNL Pak Nasir...

Akhirnya Rombongan Konvoi Dari Kuala Kangsar selamat Sampai depan Masjid Bota Kanan yang diketuai oleh 9W2WGC Pak Wan, 9W2ZBD, 9W2PWD, 9W2SMZ dan ramai lagi rakan Ham dari Kuala Kangsar.

Sambil makan nasi Ayam yang ditaja oleh SWAL TAR.sempat juga saya berbual-bual dengan 9W2AMK dan Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ). Apa yang dimaklumkan oleh Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ) tersebut, dia AMAT-AMAT terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh rakan2 Ham sepanjang XPDC Berbasikal tersebut.




Setelah penyerahan tugas dari 9W2WGC Pak Wan kepada 9M2NNL Pak Nasir.. sempat saya menberikan kata-kata semangat kepada 9W2AMK dan Rakan Berbasikal 9W2AMK ( Pesara Guru ). Dengan kata-kata ::semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi:: saya tinggalkan Rombongan tersebut bersama anak saya untuk ke Ipoh atas urusan keluarga.

Selasa, Ogos 7

28hb Julai 2007 :: BILA 9W2?BD BERTEMU…

Kuala Kangsar Labu Sayong Family Eyeball 28hb Julai 2007 selamat dijayakan.
Syukur semasa program tersebut ramai Rakan Ham Kuala Kangsar
Selain berjumpa rakan2 Ham Kuala, Rakan2 Ham dari Lenggong pun turut serta. Dan paling best...bila 9W2ZBD Pak Ya, 9W2KBD Pak Hassan dan saya 9W2SBD Sallehan bila kami sempat merakam gambar kenang-kenangan.


::Kiri-9W2KBD Pak Hassan ::Tengah-9W2ZBD Pak Ya :: Kanan-9W2SBD Sallehan