Jumaat, Oktober 31

2 Hati 1 Jiwa

I'allah kalau ada rezeki.. esok turun dengan GT Avalanche ver 3.0 "2 Hati 1 Jiwa" semasa Parit Basikalton 2008...

Harap2 ianya berjalan dengan lancar dan selamat...


Bukan gambar sebenar..

"'JASA MU TETAP KU KENANG"



Kesempatan di pagi Jumaat ini bersarapan dengan Tuan Haji Muhamad Jurimi Ex Registrar / Director, Student Support Services di hari akhir beliau di UTP.. akan bersara.. Saya serta keluarga mendoakan agar beliau akan terus ceria dan bahgia bersama keluarga dan rakan taulan

Hampir 12 tahun berkerja di bawah beliau, banyak ilmu saya perolehi.. 'JASA MU TETAP KU KENANG"

Selasa, Oktober 28

Jom Ramai-ramai ke Amateur Radio Reunion Day (ARRD)



Location : Beach front Bungalow in Port Dickson, hosted by 9M2PD.
Accommodation: Hotel, Chalet, or DIY on camping ground.
Event date: Saturday 13 Dec – Sunday 14 Dec 2008.

Registration closing date: 8 Nov 2008 or first 300 paid registration.

To register, please contact 9W2ZLH (012-6581926) / 9W2BBS (012-2353769) / 9W2FD (012-3713960) . For further details, do email us at arrd@mares.org.my

Kindly ensure payment is made upon registration, to book your place.

Charge:
RM30 per person (per station including SWL)
RM10 for family members
* Children below 7 eats free

Family members not eligible to participate in lucky draws.

ARRD Payment:
1. Pay cash to HAZALI 9W2ZLH (012-6581926) or,

2. Pay to RHB Bank Acc 21413800120850 (Acc Name: FAHRORADZI IBRAHIM & AZIZUL RAHMAN MOHD GHAZALI)
- by cash deposit or,
- by cheque deposit (payable to either one or both account names) or,
- by on-line payment/transfer.

Note on ARRD Payment:
- For payment to RHB bank account, please provide payment details (name, callsign, no. of Hams/SWL, no. of family, amount, payment reference number, date, etc.) to arrd@mares.org.my , or fax to MARES +603-77811859.
- Please bring your proof-of-payment (receipt, deposit slip, on-line payment/transfer print-out, etc.) to the ARRD event for verification.

We hope to gather as many as possible radio amateurs from all states to join this event. Your participation will make this event a memorable one.

Thank you and 73 de
ARRD Pro-Tem Committee

sumber MARES@ARRD

Khamis, Oktober 23

Ayuhh...9M2... Ayuhh.. 9W2

Marilah kita sama-sama membantu rakan-rakan SWAL yang akan menduduki RAE Bulan Disember ini.. Mungkin kita boleh adakan kelas secara formal atau tidak formal. Mungkin kita boleh pinjamkan nota-nota kita semasa kita mengambil RAE yang lepas.. Mungkin semasa eye-ball... kita boleh turun ilmu /Tips kepada SWAL yang akan menduduki RAE Bulan Disember ini.. Ayuh..

KALAU BUKAN KITA.. SIAPA LAGI .. biar semua yang menduduki RAE kali ini akan lulus 100%.. Ayuhh...9M2... Ayuhh.. 9W2.. Biar lebih ramai lagi yang akan mempunyai AA..

## Maklumat Tidak Rasmi
-+5000 sahaja yang mempunyai AA dari 27,475,136 penduduk Malaysia

## Kelas A 516 Orang @ 11.4%
## Kelas B 4481 Orang @ 89.6%

Cross Culture Exchange Program 2008 :: Part 06 ::

Tak sempat dan post.. mungkin yang terakhir siri Cross Culture Exchange Program 2008 ialah kesempatan melawat Stesen Radio Komnunikasi BBM FM di Freq 107.9FM. Dimana hampir setiap daerah di Jogja mempunyai Stesen radionya sendiri. Dimana stesen diikendalikan secara sukarela.. dimana fungsi radio ini untuk menyampaikan info terkini dikawasan tersebut. Dimasa gambar diambil.. Persembahan di Balai Budaya Minomartani (BBM), Sleman, Yogyakarta sebanyak 3 Universiti yang mengambil bahagian Universitas Gadjah Mada (UGM) dan Universitas Atmajaya Yogyakarta dan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Malaysia disiarakan secara langsung "Live"..


DJ Sedang bertugas


AA yang diperolehi untuk mengenadlikan Radio


Transmitter

Isnin, Oktober 20

Cross Culture Exchange Program 2008 :: Part 05 ::

Persembahan di Balai Budaya Minomartani (BBM), Sleman, Yogyakarta sebanyak 3 Universiti yang mengambil bahagian Universitas Gadjah Mada (UGM) dan Universitas Atmajaya Yogyakarta dan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Malaysia.



Universitas Atmajaya Yogyakarta


Universitas Gadjah Mada (UGM)


Universiti Teknologi Petronas (UTP)


lawat web ini
melayuonline
wisatamelayu

Cross Culture Exchange Program 2008 :: Part 04 ::



Ini bukan minah rempit... tapi Bakal-Bakal Pelajar-Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Gadja Mada di Ijazah Kedoktoran.. semasa kami disana.. bakal-bakal doktor ini yang "AMAT-AMAT" membantu kami disana.. hanya tuhan yang boleh membalas jasa baik kalian semua.. ucapan terimakasih tidak terhingga..


Sebahagian Bakal-Bakal Doktor-Doktor UGM bersama Pegawai-Pegawai dari UTP..

Cross Culture Exchange Program 2008 :: Part 03 ::

Kesempatan masa di Jogja juga saya berkesemptan berjumpa dengan YC2VDI Pak Rudy Hartono.. orangnya agak hemsem dan peramah.. CQ, CQ , CQ di 2M di Simplex 145.500 MHZ, YC2VDI Pak Rudy menjawab panggil saya.. sempat kami lepak di cafe sambil berborak-borak. Memang sungguh ceria Pak Rudy, keakrabannyaterasa walaupun berbeza agama.. Pak Rudy menganjak saya ke rumahnya diwaktu siang untuk melihat keindahan antenna-antenna di Jogja... yang masih membayangkan sepanjang perjalanan saya dari Solo ke Jogja... antenna yang cukup mantap.. kalau tower 20-30 meter adalah biasa di sana


YC2VDI Pak Rudy bersama-sama Kenwood kesayangannya..."Fanatik Kenwood"


Pengalaman yang cukup bermakna, kesempatan untuk memusing-musingkan "Knob" di HF set Kenwood kesayangan Pak Rudy, dan memusing-musingkan 360% antenna 4 stag / 9 elemant yagi antenna dimana rotatarnya boleh menampung 1 tone... perhhhhhh..semasa "Nusantara Net" di 40 meter


Pak Rudy bersama antenna 30 meter di atas bumbung rumahnya


Antara Set dan QSL card yang beliau terima.. dan 1 piala tempat ketiga semasa Contest di seluruh indonesia semasa beliau memiliki lesen YD2???


QSL Card kedua saya terima di sana

Semoga perniagaan Pak Rudy terus maju jaya " dan bahgia bersama keluarga serta rakan taulan

Cross Culture Exchange Program 2008 :: Part 02 ::

Cross Culture Exchange Program 2008 di Yogyakarta 15hb Hingga 19hb Okt 2008 di antara Kumpulan Kesenian Gamelan UTP Malaysia, Kumpulan Kesenian Gamelan UTP Indonesia & Eberlin Shansi USA

Antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.. di Dewan Kesenian Univesitas Gadja Mada




Cross Culture Exchange Program 2008 :: Part 01 ::

Cross Culture Exchange Program 2008 di Yogyakarta 15hb Hingga 19hb Okt 2008 antara UTP Malaysia, UGM Indonesia & Eberlin Shansi USA. kesempatan waktu yang agak terbatas saya sempat berjabat tangan dengan YD2WFB Darmawan Budi Nugroho di rumahnya.. Walaupun tidak pernah berjumpa, namum keakraban amat terasa... terasa sudah lama kami mengenali satu sama lain. Saya tidak sempat untuk merakamkan gambar antenna di rumah beliau, namum saya sungguh merasa bertuah sekali.. Dan sempat juga saya membeli sedikit buah tangan untuk di bawah pulang di Malaysia..

Dari Kiri, YD2WFB, 9W2SBD, YD2VEI, YD2VIG


Setup di base YD2WFB Darmawan Budi Nugroho

Saya juga merasa bangga kerana buat pertama kalinya saya operator radio amatur menerima QSL card. Walaupun QSO dengan 2M di Simplex 145.320 MHZ, ianya sungguh bertuah, Saya juga berkesempatan beramah mesra dengan rakan-rakan radio di kawasan Kaliurang dan berjumpa dengan orang yang menghasilkan Balun Vigain -YD2VIG Bapak Bambang dan YD2VEI Pak Yuli


Antara barang yang di bawa pulang


QSL pertama yang diterima

Terima kasih Pak Mawan serta keluarga atas layanannya semoga allah membalas jasa baik kalian.. amin..

Isnin, Oktober 13

Semoga Dapat berjumpa Rakan-Rakan Radio Amatur di Yogyakarta

16hb hingga 20hb Okt akan membuat tugasan di luar negara bersama Kumpulan Gamelan UTP yang akan membuat Show di Yogyakarta. Semoga saya dapat berjabat tangan dengan rakan-rakan radio amatur disana.. dan juga YD2WFB Darmawan Budi Nugroho.. harap2 dapat membawa balik barang-barang radio sebagai tanda kenang-kenangan..

Dari email yang saya terima, keakraban hobi radio amatur ini amat terserlah.. tidak kira agama, bangsa dan negara..


YD2WFB Darmawan Budi Nugroho

Dari Rumah > Parit > Tg Belanje > Layang2 > Bota Rumah


Berlepas dari Base Station Saya


Bergambar di Simpang PARIT + SERI ISKANDAR

9W2LPP Abg Azhar, 9M2NNL Pak Nasir , 9W2NDB bg salkhairulizam, 9W2DFA Ustaz Najdi , 9W2RKM Abg Rakimi , 9W2CKH Che Din , SWAL cikgu zahudi & Saya 9W2SBD Sallehan

Komen Pasal Kayuhan

## Gambar ihsan 9W2RKM

Jumaat, Oktober 10

Hobi : Mampu tengok gambo je........


HF : ICOM 7800
Harga : USD $13956.00

MTB : arantix
## Frame dia saje USD$7000



Tarikh Peperiksaan : 17 Disember 2008
RAE : RM50.00

Rabu, Oktober 8

Kembali Bertugas

Hari nie... 1st day bertugas.. setelah lama bercuti.. kepada yang bertugas.. selamat bertugas.. semoga selepas ramadhan ini... lebih produktif..