Khamis, Mac 12

Semua Memory di Transmitter saya macam ini..

Kebanyakkan kita akan memasukkan semua Freq simplex dah repater dalam Transmitter masing-masing mahupun di handy atau rig. Dimana kebanyakan handy atau rig boleh support sampai 199 memori. Ada juga dikalngan kita cuba memasukkan freq pilihan sahaja.

Just nak share, Memory 1 hingga 15 saya masukkan freq pilihan saya dimana saya sering QSO.. dan juga freq pelik.. ?? hehehe macam mana tu...?
Contoh :-
NO. 01 - 9M4RIP
NO. 02 - 9M2RKV
NO. 03 - 144.990
NO. 04 - 144.910
NO. 05 - 144.350
NO. 06 - RX 147.850 ( ASTRA Larut ) TX 145.125 ( ASTRA Brinchang )
NO. 07 - RX 147.850 ( ASTRA Larut ) TX 144.775 ( ASTRA Kledang )
boleh ke kita save macam No. 6 & No 7 ?? BOLEHHHHH.. tiada masaalah.. BOLEH... asalkan anda tahu nak guna guna mesin kira-kira untuk tolak dan tambah freq.. kenapa saya berbuat sedemikian, pertama.. Audio yang di dengar di Repeater ASTRA Larut lebih baik kualitinya dan paling sedap didengar... dan saya perlukan 0.5watt je untuk transmit di ASTRA Brinchang berbanding 5.0 watt untuk membuka repeater di ASTRA Larut.

Contoh :- cara nak masukkan memori macam ini
Masukkan freq 145.780 > tukar shift 2.725 > dan masukkan tone 103.5 jadi.. bila anda mendendar di freq 145.780 dan bila anda transmit.. freq akan menjadi 145.125.. cuba anda check... betultak...?

dan seterusnya hingga memory no 15 ( Jika ada )

selepas itu saya akan savekan freq Simplex mengikut V (V16 hingga v49) atau (V16 hingga V69)...
NO.16 - 145.2000 V16
NO.17 - 145.2125 V17
NO.18 - 145.2250 V18
NO.19 - 145.2375 V19
NO.20 - 145.2500 V20


dan seterusnya hingga memory no 69

Untuk memori 101 - 125 saya masukkan Freq untuk semua repeater MARTS contohnya, dimana saya akan letakkan keutamaan kepada kepada lingking repeater dan seterusnya local repeater.

Untuk memori 130 - 160 saya masukkan Freq untuk semua repeater ASTRA contohnya, dimana saya akan letakkan keutamaan kepada kepada lingking repeater dan seterusnya local repeater.

Step 5 setiap memory saya masukkan Freq repeater lain-lain repeater dari persatuan-persatuan lain contohnya :-
165 - 170 PERAMAH
171 - 175 JASRA.. dan seterusnya...

kenapa saya buat macam ini... ADA SATU RAHSIA yang mungkin anda terlepas pandang.. dengan 1 button sahaja... anda boleh terus ke freq pilihan anda.. contohnya;-
jika rakan anda suruh anda QSY ke simplex.. V44 contohnya.. tanpa melihat handy atau rig semasa memandu... anda cuma tekan 044# .. transmitter akan akan berubah ke freq pilihan anda.. dan satu lagi... secara tidak langsung groupnya anda boleh tahun.. owner repeater yang anda sedang mendengar..

kalau tak percaya... anda perlu try.. cuba.. dan test... heheheh

selamat mencuba... Just nak share... masing2 ada cita rasanya.. kadang-kadang yang ada dual band monitor.. tiada masaalah.. macam saya yang budjet ciput nie.. single band yang mampu.. itulah caranya saya handle transmitter saya ni.. 73

2 ulasan:

  1. Saya guna rigV8000, nk minta install boleh ka... dan repair wire ptt sekali..

    BalasPadam
  2. menarik nih ..
    kena bgtau IOI ..

    73
    9w20iQ

    BalasPadam