Khamis, Mac 12

Semua Memory di Transmitter saya macam ini..

Kebanyakkan kita akan memasukkan semua Freq simplex dah repater dalam Transmitter masing-masing mahupun di handy atau rig. Dimana kebanyakan handy atau rig boleh support sampai 199 memori. Ada juga dikalngan kita cuba memasukkan freq pilihan sahaja.

Just nak share, Memory 1 hingga 15 saya masukkan freq pilihan saya dimana saya sering QSO.. dan juga freq pelik.. ?? hehehe macam mana tu...?
Contoh :-
NO. 01 - 9M4RIP
NO. 02 - 9M2RKV
NO. 03 - 144.990
NO. 04 - 144.910
NO. 05 - 144.350
NO. 06 - RX 147.850 ( ASTRA Larut ) TX 145.125 ( ASTRA Brinchang )
NO. 07 - RX 147.850 ( ASTRA Larut ) TX 144.775 ( ASTRA Kledang )
boleh ke kita save macam No. 6 & No 7 ?? BOLEHHHHH.. tiada masaalah.. BOLEH... asalkan anda tahu nak guna guna mesin kira-kira untuk tolak dan tambah freq.. kenapa saya berbuat sedemikian, pertama.. Audio yang di dengar di Repeater ASTRA Larut lebih baik kualitinya dan paling sedap didengar... dan saya perlukan 0.5watt je untuk transmit di ASTRA Brinchang berbanding 5.0 watt untuk membuka repeater di ASTRA Larut.

Contoh :- cara nak masukkan memori macam ini
Masukkan freq 145.780 > tukar shift 2.725 > dan masukkan tone 103.5 jadi.. bila anda mendendar di freq 145.780 dan bila anda transmit.. freq akan menjadi 145.125.. cuba anda check... betultak...?

dan seterusnya hingga memory no 15 ( Jika ada )

selepas itu saya akan savekan freq Simplex mengikut V (V16 hingga v49) atau (V16 hingga V69)...
NO.16 - 145.2000 V16
NO.17 - 145.2125 V17
NO.18 - 145.2250 V18
NO.19 - 145.2375 V19
NO.20 - 145.2500 V20


dan seterusnya hingga memory no 69

Untuk memori 101 - 125 saya masukkan Freq untuk semua repeater MARTS contohnya, dimana saya akan letakkan keutamaan kepada kepada lingking repeater dan seterusnya local repeater.

Untuk memori 130 - 160 saya masukkan Freq untuk semua repeater ASTRA contohnya, dimana saya akan letakkan keutamaan kepada kepada lingking repeater dan seterusnya local repeater.

Step 5 setiap memory saya masukkan Freq repeater lain-lain repeater dari persatuan-persatuan lain contohnya :-
165 - 170 PERAMAH
171 - 175 JASRA.. dan seterusnya...

kenapa saya buat macam ini... ADA SATU RAHSIA yang mungkin anda terlepas pandang.. dengan 1 button sahaja... anda boleh terus ke freq pilihan anda.. contohnya;-
jika rakan anda suruh anda QSY ke simplex.. V44 contohnya.. tanpa melihat handy atau rig semasa memandu... anda cuma tekan 044# .. transmitter akan akan berubah ke freq pilihan anda.. dan satu lagi... secara tidak langsung groupnya anda boleh tahun.. owner repeater yang anda sedang mendengar..

kalau tak percaya... anda perlu try.. cuba.. dan test... heheheh

selamat mencuba... Just nak share... masing2 ada cita rasanya.. kadang-kadang yang ada dual band monitor.. tiada masaalah.. macam saya yang budjet ciput nie.. single band yang mampu.. itulah caranya saya handle transmitter saya ni.. 73

Selasa, Mac 10

Tumpang Bangga dengan anda..

Saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cyclinghams kita 9M2NNL Pak Nasir, 9W2VZO Jamil, 9M2DMG Dato' Megat, 9W2ATD Azhar, 9W2OCC Abg Sham dan ramai lagi.. yang selamat menamatkan kayuhan Kulim Hi-Tech Park MTB Exploration 2009.

Walaupun 9W2OCC Abg Sham tempat terakhir dan 9M2DMG Dato' Megat tempat ke-2 terakhir dari Pengayuh yang menamatkan kayuhan dengan masa yang ditetapkan..TABIK SPRING untuk anda semua... dengar cerite ramai yang gagal menamatkan kayuhan masa yang diberikan..

9W2OCC Abg Sham... jangan lupa makan ubat..

Tunaikan Tanggonjawab anda sebagai ahli

Kalau tidak salah saya.. akhir bulan ini ... Ada 2 AGM ..ASTRA 28/03/2009 dan PARTS Pada 29/03/2009... Jika sebagai ahli... kalau boleh cuba-cuba menghadirkan diri anda di AGM tersebut. Inya sebagai Platform untuk ahli-ahli menyuarakan pendapat-pendapat anda untuk kepentingan satu-satu persatuan/kelab melalui saluran yang betul..

Contohnya.. Jika anda bercadang menghantar usul.. sila hantar seperti tarikh yang ditentukan oleh persatuan/kelab. Supaya dalam AGM nanti boleh dibawa untuk perbincangan.. khasnya jika usul yang anda bawa melibatkan perlembagaan persatuan/kelab.


Mungkin semasa anda menghadirikan diri di AGM...tiba—tiba ada idea datang... MESTI INGAT setiap persatuan/kelab ada perlembagaanya tersendiri...JANGAN KECOH.. jika usul anda tidak dibincangkan semasa AGM nanti. Mungkin usul anda tidak layak dibincangkan, KERANA.. Mungkin Yuran Tahunan Semasa anda tidak bayar.. atau anda tidak menggunakan borang khas ( Borang Usul -Jika Ada ) semasa notis AGM tersebut.. atau mungkin ianya telah dibincangkan sebelum ini.. atau telah mendapat keputusannya... dimana anda tidak update statusnya..


Jika anda terlepas masuk ke dalam Dewan untuk AGM... anda mesti kena INGAT.. jika Yuran Tahunan Semasa atau Yuran Ahli masih tertunggak.. dan anda belum dijelaskan.. anda TIDAK LAYAK MENGUNDI... ingat tu... nampak macam simple.. tapi itu dia kenyataan dalam persatuan/kelab.

MORALNYA : JANGAN LUPA BAYAR YURAN

p.s.. ini adalah pendapat peribadi saya..