Khamis, Oktober 15

Jumpa kami kat Sana.. banyak benda menarik untuk di kongsi

Tempat : Taman Budaya Kuala Lumpur
(Program Amal TTS)

Tarikh : 17 Oktober 2009
Show 1 : Miao Miao Sang Arnab & Monolog Tok Janggut
Masa : 2.30 PM
Tiket : RM 10
Show 2 : Asylum & Medley of Mimes
Masa : 9.00 PM
Tiket : RM 10

Tarikh : 18 Oktober 2009
Show 1 : Asylum & Medley of Mimes
Masa : 2.30 PM
Tiket : RM 10
Show 2 : Miao Miao Sang Arnab & Monolog Tok Janggut
Masa : 9.00 PM
Tiket : RM 10
Photobucket
SINOPSIS
Kepada bakal penonton, sila baca sinopsis terlebih dahulu sebelum menonton teater kami, takut-takut tak faham nanti susah pula jadinya.
Photobucket
Asylum ( Karya Dr Shark & Arahan Aini )
Asylum adalah sebuah komedi mengisahkan sekumpulan pesakit mental dari kumpulan Unit Teater Psikotik berusaha mementaskan sebuah teater sempena pembukaan hospital pesakit mental yang baru, Institut Psikotik Negara. Teater ini memaparkan bagaimana mereka semua berusaha untuk berlatih sehabis baik. Mereka mementaskan sebuah cerita tentang kehidupan manusia yang alpa dengan kemaksiatan dunia seperti rasuah, pemerintah yang tamak, penagihan dadah, parti-parti politik yang bertelagah, kekejaman kemanusiaan, dan sebagainya. Mereka juga turut memaparkan isu-isu semasa jika tidak dibendung akhirnya menerima pembalasan yang tidak dapat lagi ditarik balik. Institut Psikotik Negara juga membuka pengambilan ahli-ahli baru…

Medley of Mimes
Mempersembahkan beberapa persembahan mime daripada mimers Tronoh Theare Shop yang terkenal. Persembahan yang unik ini jarang-jarang dipentas kan di Malaysia. TTS mimers sangat berpengalaman dalam melakukan persembahan di UTP, dan sekitar Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk melihat bakat terpendam pelajar-pelajar UTP melakukan persembahan pada October ini!

Miao Miao Sang Arnab ( Karya Dr Shark & Arahan Pacel )
Miao Miao Sang Arnab, sebuah kisah yang memaparkan nilai kemanusiaan iaitu cinta dan kasih sayang yang menjadi pendirian Mat. Arnab secara separa sedar telah muncul untuk mencungkil nilai ini dari dalam diri Mat yang sering merasa ‘insecure’ dan kecewa akibat gagal dalam percintaan. Bahkan, nilai kemanusiaan ini yang menyelamatkan Mat daripada membunuh diri. Nilai ini berlawanan dengan Roy yang menganggap cinta dan kasih sayang tidak lebih daripada seksual. Arnab yang boleh menjadi pelbagai jenis binatang merupakan jiwa Mat yang meronta untuk keluar dari dalam dirinya. Namun, adakah Arnab berjaya ‘menyelamatkan’ Mat?

Tok Janggut (Karya Salju Putih & Arahan Dr Shark)
Mat Hassan Panglima Munas atau juga lebih dikenali sebagai Tok Janggut dilahirkan di Kampung Saring, Daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Penentangan beliau yang bermula sejak daripada Perjanjian Bangkok menyebabkan dia diburu oleh pihak British. Penentangan disebabkan oleh kehadiran pegawai British yang mengenakan pelbagai cukai yang membebankan rakyat. Tok Janggut akhirnya terkorban bersama-sama pengikutnya dalam satu pertempuran sengit dengan pihak British.

Apakah Itu Program Amal TTS?
Ini merupakan sebahagian daripada Program Amal Tronoh Theatre Shop, dimana 30% daripada kutipan tiket daripada persembahan di Ipoh dan Kuala Lumpur akan diserahkan kepada Rumah Budi Mulia Nurul Huda, Chemor. Marilah sama-sama kita beramal sambil berhibur.